Berjaya dilancarkan di Malaysia pada 26 Mei lalu, menu terbaru dan menjadi rebutan ramai iaitu BTS Meal pada minggu ini telah mulai ditawarkan di McDonald’s Indonesia.

Set yang dilengkapi dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun ini nampaknya telah membuatkan orang ramai di Indonesia tidak keruan sehingga membuatkan keadaan cawangan McDonald’s di negara berkenaan tidak lagi terkawal.

094755600_1623223983-20210609-McDonald_s-BTS-Meal-10
Sumber: Liputan 6

Menurut Pengarah Komunikasi Bersekutu McDonald’s Indonesia, Sutji Lantyka, beliau memaklumkan pihak mereka sedia mengehadkan penawaran BTS Meal dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan kebanjiran para pembeli di cawangan mereka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan BTS Meal yang baru sahaja ditawarkan tidak hanya dijual dalam tempoh satu hari sahaja sebaliknya sedia untuk didapatkan sehingga bulan hadapan.

Keadaan menjadi lebih kecoh setelah terdapat cawangan yang memberhentikan penawaran BTS Meal secara tiba-tiba sekaligus membuatkan para pembeli yang majoritinya terdiri daripada rider makanan Gojek mengamuk kerana risau bakal dikenakan penalti kerana gara-gara melengkapkan tempahan pelanggan.

Menerusi laporan daripada Kompas, setakat ini sahaja dilaporkan sebanyak 20 cawangan McDonald’s Indonesia terpaksa ditutup sementara waktu manakala 12 cawangan lagi diberikan amaran bertulis. Semuanya gara-gara tempahan yang banyak diterima pada hari pertama BTS Meal ditawarkan di negara berkenaan.

Kehadiran BTS Meal nampaknya telah menjadi lubuk wang buat sesetengah pihak selepas bekas makanan berkenaan dijual semula dengan harga yang lebih tinggi.

Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida RM213,545

Sumber