Super Ring adalah snek kegemaran ramai orang terutama sekali rakyat Malaysia. Adakah anda bersetuju?

Percayakah anda jika keropok Super Ring merupakan antara snek kegemaran Jennie dan Jisoo dari Blackpink? Terbaharu, kecoh di media sosial apabila Super Ring mula dijual di Korea.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pada papan tanda itu ditulis ‘Snek Kegemaran Jisoo dan Jennie’ dan ‘Snek No.1 Di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, sebungkus snek Super Ring dijual dengan harga 1,200 won (~RM4.50).

Sebenarnya snek tersebut menjadi kegemaran Jisoo dan Jennie apabila mereka mencubanya buat kali pertama di Singapura. Berikutan itu, apabila mereka tiba di Malaysia untuk konsert jelajah, mereka telah mencari snek tersebut di kedai serbaneka terdekat.

Oleh yang demikian, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Jisoo dan Jennie dan ramai yang berbangga kerana snek kegemaran rakyat Malaysia kini terkenal di Korea.

Ini pastinya merupakan sesuatu yang cukup membanggakan rakyat Malaysia kerana snek buatan Malaysia kini mula dikenali di Korea. Siapa setuju Super Ring sedap dan lazat?

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel berkaitan dengan makanan dari Malaysia yang terkenal di luar negara. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Foodtruck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Rancangan Great British Bake Off

Netizen Mahu Nasi Lemak Jati Yang Terkenal Di Shah Alam Buat ‘Comeback’

Anda Mungkin Suka