Apa pendapat anda setelah tahu budaya kerja doktor setelah membaca “Apa itu On Call dalam Kerjaya Doktor“? Adakah anda akan menulis seperti seorang blogger di Mexico yang menempelak doktor yang tidur sewaktu bekerja?

Ini gambar-gambar seorang doktor yang tidur pukul 3 pagi sewaktu bertugas yang diambil oleh blogger terbabit dan ia telah menjadi viral di seluruh dunia:

doctor1

Blogger itu menulis “doktor bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja mereka.”

doctor2

Sekiranya waktu sibuk dan doktor tidur, memang kita marah. Bagaimana pula jika di waktu lengang? Rela minta doktor itu tidur daripada doktor bertugas dalam keadaan mengantuk.

doctor3

Blogger itu menulis lagi: “berpuluh-puluh pesakit memerlukan penjagaan”

Kesan gambar-gambar artikel oleh blogger Mexico tersebut telah menyebabkan doktor-doktor sedunia bangkit berkongsi tekanan bekerja sebagai doktor. Mereka menegaskan mereka juga manusia biasa yang memerlukan masa rehat. Dengan hashtag #YoTambienMeDormi yang bermaksud “Saya juga telah tertidur” di dalam bahasa Sepanyol yang dimulakan oleh Dr. Juan Carlos, telah menyebabkan para doktor berkongsi gambar-gambar mereka tertidur di hospital juga sebagai satu tindakan respon mempertahankan rakan sekerja mereka yang dikritik hebat.

dr01

dr03

dr04

dr05

dr06

dr10

dr16

dr17

dr18

dr20

dr21

dr22

dr26

dr27

dr29

dr30

dr31

dr32

dr33

dr34

dr35

dr36

dr37

dr25

Bagaimana dengan doktor-doktor di Malaysia?

Saya sendiri pernah bertemu dengan rakan yang baru tamat on call. Dia gagahkan diri dan dalam kepenatan dia masih boleh menguntumkan sebuah senyuman. Tapi di riak wajahnya, kita boleh tahu dia begitu kepenatan. Siapa tidak penat sekiranya bekerja lebih 24 jam sehari? Doktor juga manusia, perlukan rehat seperti kita.

Apabila tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur, terjadilah kes-kes kemalangan di jalan raya dan mati mengejut. Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Brain Aneurysm yang dikaitkan dengan kesan masa tidur yang singkat dan bekerja berlebihan. Ramai yang risau kerana sedar diri tak cukup tidur dan bekerja berlebihan. Jika melihatkan budaya on call ini, para doktor perlu risau terlebih dahulu berbanding masyarakat.

Apa itu Brain Aneurysm? Better tanya doktor.

Sumber: Boredpanda, Buzz Feed, BBC

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram