Hari ini, KFC Malaysia melancarkan promosi 2 set Snack Plate dengan harga RM20 sahaja dan ia boleh ditebus di seluruh cawangan KFC terdekat anda sejak 10 pagi tadi serta bakal berakhir pada jam 10 malam ini.

Lantaran hebahan promosi tersebut di media sosial sejak semalam, orang ramai memilih untuk ke cawangan KFC terdekat mereka untuk mendapatkan ayam goreng kegemaran mereka dengan harga istimewa. Menjengah ke media sosial, orang ramai sudah berpusu-pusu ke KFC beratur membeli 2 set Snack Plate tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/alhzqqqqqqqqqq/status/1582948710056570880

https://twitter.com/janggut34544893/status/1582923396543057920

Menerusi tinjauan kami, cawangan-cawangan KFC penuh dengan para pelanggan setia KFC dan sabar beratur untuk membeli 2 set Snack Plate berharga RM20. Nampaknya, promosi ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jika anda teringin untuk makan ayam goreng KFC hari ini dan belanja ahli keluarga atau rakan anda, inilah masanya anda dapatkan dengan harga promosi. Masih ada masa sehingga malam ini!