Ada peminat siri Netflix, Stranger Things di sini? Nak tahu betapa fanatiknya peminat siri ini, laman web rasmi Muzium Minessota crash kerana ramai yang ingin membeli hoodie yang dipakai salah seorang watak dalam siri ini.

Hoodie dengan gambar dinosaur Brontosaurus ini sudah dijual sejak tahun 1980an lagi. Tetapi muzium berkenaan kembali untuk menghasilkan hoodie ini selepas mendapat permintaan ramai terutamanya peminat siri Stranger Things ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya dijual secara rasmi pada Selasa lalu dan kesemuanya sold out. Mereka berjaya menjual lebih 10,000 pasang dan memperoleh hasil jualan USD400,000 dengan jualan hoodie ini sahaja. Hoodie berkenaan yang dijual di Muzium Minessota juga turut disapu bersih.

Pihak Muzium Minnesota mengumumkan di Twitter secara rasmi jualan hoodie ini adalah pada 18,000 pasang dan ianya satu perkara yang positif untuk muzium berkenaan. Pihak Muzium Minnesota berterima kasih kepada orang ramai dengan sokongan yang diberikan dan keuntungan yang diterima akan digunakan untuk memajukan lagi muzium berkenaan. Ada yang sempat membeli hoodie ini?