Ianya sesuatu yang jarang untuk melihat anak muda di Amerika Syarikat membeli surat khabar kerana segala berita boleh diakses dengan telefon pintar.

Namun ianya berbeza dengan akhbar New York Post yang untuk edisi 13 Ogos (Isnin) semalam. Disebabkan adanya logo Supreme pada bahagian hadapan dan belakang akhbar ini, ianya disapu bersih oleh anak muda di New York!

Ada di antara outlet akhbar akhbarnya habis terjual sebelum matahari terbit lagi. Di sesetengah kawasan pula, ianya sudah sold out sebelum jam 7.30 pagi.

Menjadi kebiasaan, reseller Supreme melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka buat duit. Dan jika dilihat di laman eBay, ianya sudah pun dijual kembali pada harga USD10 (RM40+-) sedangkan harga pasaran untuk akhbar ini hanya USD1 (RM4+-). Dan ada yang sudah menjual kembali surat khabar ini setinggi USD42.50 (RM170+-)!

“Supreme adalah jenama yang ada hype. Semua barangan yang ada logo Supreme boleh dijual kembali untuk keuntungan dan ramai yang bangun pagi untuk mencari akhbar ini,” kata Edward Haynes, 21 tahun yang bangun seawal 5 pagi untuk membeli 146 naskhah akhbar untuk dijual kembali pada harga USD10 (RM40+-).

Begitulah penangan jenama Supreme ketika ini. Ianya satu kaedah pemasaran yang hebat dibuat oleh Supreme sehinggakan akhbar New York Post boleh sold out di hampir semua lokasi. Ada logo Supreme, semua orang jadi ‘gila’.