Penantian Elon Musk untuk mendapatkan domain Tesla.com nampaknya berakhir setelah terpaksa menunggu hampir sedekad.

Domain Tesla.com yang sebelum ini dimiliki oleh Stu Grossman yang memiliki domain tersebut sejak 24 tahun lepas telah memaksa pihak Tesla untuk menggunakan domain teslamotors.com pada sebelum ini.

Berdasarkan beberapa laporan, idea asal Grossman bukanlah untuk menjual domain tersebut kepada syarikat Tesla tetapi disebabkan minat beliau terhadap Nicola Tesla serta digunakan untuk tujuan individu.

Grossman akhirnya mengalah untuk menjual domain tersebut kepada Elon Musk meskipun terdapat beberapa individu yang berminat sebelum ini.

Pemilikan Tesla.com kepada Elon Musk bakal memberi Elon Musk mengubah nama syarikat beliau kepada Tesla.

Sumber