Lima wanita warga asing berpakaian seksi sibuk menari di tengah-tengah jalan di salah satu kota di Arab Saudi. Penampilan mereka yang menjolok mata adalah sesuatu yang terlalu asing bagi negara yang terkenal dengan kehidupan mengikut cara Islam. Tentunya penampilan mereka telah mencetuskan polemik baru di sana, sehingga memaksa pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap acara Pesta Musim Sejuk di Wilayah Jazan pada 11 Januari 2022 yang lalu.

Melalui rakaman yang mula beredar di media sosial, kelihatan lima wanita yang menari gaya samba mempamerkan gerak tari mereka di khalayak umum dengan perut dan kaki yang terdedah. Di negara yang terkenal dengan segala macam undang-undang yang memerlukan wanita menjaga pakaian dan batasan pergaulan, kelima-lima penari ini dengan senang hati melanggar cara berpakaian di Arab Saudi.

Walaupun negara ini sudah perlahan-lahan membawa diri ke arah yang lebih moden dan terbuka, majoriti masyarakat di sana masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Penampilan mereka telah mencurahkan kritikan pedas dan ia dianggap sebagai satu kebebasan yang tiada batas.

“Ini adalah contoh apa yang saya panggil sebagai #WhiskeyWahhabi,” kata salah seorang warganet di laman Twitter miliknya. “Istilah ini dicipta untuk menggambarkan kerajaan Arab Saudi yang melarang sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad atas sebab agama tetapi sebaliknya membenarkan acara ini.”

Kini, siasatan bakal dijalankan ke atas penganjur acara dan penari seksi tersebut. Putera Mohammed bin Nasser bin Abdulaziz selaku gabenor wilayah barat daya mendakwa telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian ini. “Gabenor Jazan telah mengarahkan siasatan pantas dilakukan terhadap kumpulan penari yang menghadiri Pesta Musim Sejuk Jazan di pusat bandar, serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah sebarang kesalahan,” kata kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Cubaan Mohammed bin Salman untuk bawa Arab Saudi ke arag lebih terbuka dan libera. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah

Akibat Meludah Di Tempat Awam, Pesakit COVID-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung