Belum lagi ditayangkan, drama Rahimah Tanpa Rahim sudah mula menjadi perbualan hangat netizen. Difahamkan, drama ini bakal bersiaran di TV3 bermula 22 Januari 2021 pada jam 7 malam.

Mancuri tumpuan apabila tajuk drama Rahimah Tanpa Rahim ini dijadikan bahan gurauan segelintir netizen. Secara tidak langsung, segelintir netizen telah mengguris hati mereka yang mengalami sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) ini.

Terbaharu, pengguna Facebook Guritno Purwakanti Ardy atau dikenali sebagai Wani Ardy telah kongsikan pandangannya berhubung isu tersebut. Beliau yang juga merupakan penasihat skrip berkaitan MRKH dan turut membuat kemunculan dalam drama berasa kecewa akan gurauan segelintir netizen.

Ujarnya, beliau faham segelintir netizen menjadikan tajuk drama sebagai bahan gurauan tetapi mungkin ia kelakar buat mereka sebaliknya ia duka buat mereka yang mengalami sindrom tersebut.

Baginya, drama ini mengangkat konsep yang berbeza dengan ketengahkan sindrom ‘rare’ dihidapi oleh wanita dan mahu mendidik para penonton akan kewujudan sindrom ini.

Tambahnya, beliau sudah biasa dipersenda, dikritik dan sebagainya tetapi beliau mahu netizen yang mempersendakan sehingga mengguris hati wanita yang dilahirkan tanpa rahim ini untuk renung semula tindakan mereka. Adakah wajar tindakan mereka itu?

Untuk pengetahuan anda, wanita yang alami sindrom ini tidak dapat mengandung dan mungkin dapat melahirkan anak melalui bantuan pembiakan menerusi rawatan perubatan moden. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Tergamam Lihat Pendapatan ‘Rider’ Makanan

Pemilik Restoran Terkenal Dakwa Ibu Neelofa Guna Resipi Daging Harimau Menangis Mereka

PlayStation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa, Pemilik Homestay Rugi Lebih RM6,000