Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, rata-rata rakyat Malaysia kembali bekerja dari rumah. Tipulah jika anda tidak berasa tepu dan bosan kerana berada di rumah.

Oleh itu, anda yang berada di Kuala Lumpur mungkin boleh pertimbangkan untuk bekerja dari hotel pula. Menarik, bukan? Apa kata kami kongsikan 5 pilihan hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pakej ‘Work From Hotel’ dengan harga yang berpatutan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

1. OYO Malaysia

OYO Malaysia menawarkan pelbagai jenis hotel dengan penawaran pakej ‘Work From Hotel’ ini dengan harga serendah RM19. Buat anda yang berminat, anda boleh layari laman sesawang ini untuk membuat tempahan.

2. Ormond Hotels

Terletak di Chow Kit, pakej yang ditawarkan hanya RM30 sahaja dan anda akan mendapat minuman kopi ‘free flow’. Pakej ini hanya ditawarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 7 malam. Boleh buat tempahan di sini.

3. HolidayInnExpress Kuala Lumpur

Pakej yang ditawarkan serendah RM85 sahaja dan anda dapat menggunakan kesemua facilities hotel yang ada. Bukan itu sahaja, anda juga diberikan sambungan Internet dan air kopi tanpa had serta parking secara percuma.

4. AnCasa Hotel

work-from-home-2-FINAL-01-1536×1078-1

Pakej yang ditawarkan adalah RM99 termasuk satu set makanan dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Anda hanya perlu tambah RM50 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini.

5. Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

View this post on Instagram

Work from Hotel in the Heart of KL Stay abreast with your projects and experience a new mode of collaboration at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur The offer includes: – Rate starting at RM190 – Additional hour at MYR 20 nett – Executive Room (1 person), Horizon Club Room (up to 2 persons with Horizon Lounge access) or Executive Suite (up to 3 persons with Horizon Lounge access) available 9 hours per day (between 8am to 8pm) – 20% off food and beverage orders and on meeting room – Access to Health Club & Spa – Parking fee will be waived Book direct at +603 2032 2388 or email [email protected] Your Well-being In Our Care Our commitment to creating a comfortable and safe environment so you can cherish the moments that truly matter. Learn more: https://www.shangri-la.com/group/shangrila-cares #shangrilakl #workfromhotel #shangrilacares

A post shared by Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (@shangrilakl) on

Pakej yang ditawarkan agak mahal sedikit berbanding hotel dinyatakan di atas. Shangri-La Hotel menawarkan pakej serendah RM190 dan anda boleh memilih jenis bilik yang bersesuaian dengan budget anda. Parking percuma dan anda akan mendapat diskaun sebanyak 20% untuk makanan. Boleh klik link ini untuk buat tempahan.

Tunggu apa lagi? Pastikan diri anda tidak tepu di rumah dengan bekerja dari hotel. Mana satu pilihan anda?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa hotel menarik di sekitar Kuala Lumpur pada pautan di bawah ini.

KLoe Hotel Di Bukit Bintang Ini Tular Kerana Rekaannya Yang Kreatif Dan Unik

Keselesaan Persis Hotel 5 Bintang, CitizenM Hotel Di Kuala Lumpur Ini Buatkan Netizen Teruja

‘Check-In’ Hotel, Ini Langkah Pencegahan COVID-19 Yang Perlu Anda Lakukan

Anda Mungkin Suka