Pastinya penularan wabak COVID-19 berada dalam keadaaan yang membimbangkan ketika ini. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat.

Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan perintah yang dilaksanakan dalam satu sidang media sebentar tadi.

AMIRUDIN SHARI
HYPE
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
Baca lagi →

Menurutnya, pencarum KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran i-Lestari simpanan dalam Akaun 2. Difahamkan pencarum KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat pengeluaran dan tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan bermula 1 April 2020.

Malah, kadar caruman KWSP pekerja juga akan dikurangkan sebanyak 4 peratus. Selain itu, kerajaan juga akan salurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk bantu kerajaan negeri tangani krisis COVID-19 secara sama rata.

Difahamkan, kerajaan turut setuju salurkan peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan dan memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan kepada KKM untuk lantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak.

Pakej Ransangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2020 ini.

Ramai yang terkesan dengan COVID-19 ini, malah bisnes-bisnes kecil turut terkesan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Anda Mungkin Suka