Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang kehilangan pekerjaan pada tahun depan layak mendapat bantuan kewangan sebanyak RM600 selama tiga bulan akibat pemberhentian pekerja, dan pengecilan syarikat. Pencarum PERKESO yang diberhentikan kerana mempunyai masalah disiplin tidak akan mendapat manfaat ini.

Dengan bantuan PERKESO ini bebanan kewangan pencarum dapat diringankan sementara mendapatkan pekerjaan baharu. Ia dapat menampung keperluan dan kos pencarian pekerjaan yang pastinya membawa satu kebaikan yang besar maknanya buat mereka yang dilanda musibah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan PERKESO ini dilihat sebagai satu usaha murni menerusi nilai caruman yang sedikit tetapi besar manfaatnya. Bagi menjayakannya, PERKESO menyediakan lebih RM136 juta sebagai persediaan bantuan kepada 57,282 individu yang layak dibantu. Sifat proaktif PERKESO ini membuatkan 6.5 juta pekerja sektor swasta rasa terbela dan dilindungi.

Menurut Pengerusi Lembaga PERKESO, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, melalui laporan Berita Harian, bantuan elaun tiga bulan itu diberikan secara purata bermula daripada bulan pertama pencarum sektor swasta kehilangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, elaun ini hanya berjalan sepanjang 2018 sahaja sementara hasil manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia diperoleh pada Januari 2019.

Dalam sidang media sempena lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas ke Menara PERKESO itu, Dr Aseh berkata, SIP akan bermula pada Januari 2018 dengan kadar caruman 0.2 peratus akan dicarum oleh majikan dan pekerja.

Inisiatif perlindungan keselamatan sosial ini dijangka bermula pada 1 Januari 2019. Ia melibatkan kemudahan faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun latihan dan program penempatan semula pekerjaan, serta elaun pendapatan berkurangan, yuran latihan, dan pembayaran elaun bagi menggalakkan pencarum PERKESO mencari pekerjaan baharu dengan segera.

Sumber