Ini bukanlah kali pertama warga Selangor menghadapi masalah gangguan air dan ini bukanlah kali pertama juga kita dihidang dengan cerita pencemaran sungai hingga memberi kesan kepada beribu isi rumah.

Dalam satu hantaran Facebook, Air Selangor mengesahkan satu lagi kes pencemaran sungai. Kali ini melibatkan 274 kawasan dan lebih 300,000 isi rumah bakal terjejas.

Empat wilayah yang bakal menerima kesan kepada gangguan air tidak berjadual untuk jangka masa yang tidak menentu adalah Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Air Selangor mengatakan telah melaporkan kejadian itu kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan akan diambil untuk mengenal pasti punca pencemaran sungai di Sungai Semenyih.

Dalam kemas kini terbaru yang dipaparkan di laman Facebook mereka pagi ini (5 Oktober), Air Selangor mengumumkan bahawa kilang rawatan di Semenyih dan Bukit Tampoi belum beroperasi kerana pencemaran masih dikesan di sungai.

Isi rumah yang terjejas disarankan untuk menyimpan bekalan air mereka dari sumber awam dan pusat perkhidmatan tempatan. Senarai lengkap sumber air yang ada boleh didapati di laman web Air Selangor. Lori dengan tangki air akan mengutamakan premis kritikal terlebih dahulu seperti hospital, pusat dialisis dan rumah pengebumian.

Ini bukanlah kali pertama pencemaraan sungai berlaku di Selangor, terdahulu Lembaga Pengarah dan pengurus kilang mengaku tidak berasalah kerana mengakibatkan pencemaran sungai. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Air Selangor Tercemar, Lembaga Pengarah Dan Pengurus Kilang Mengaku Tidak Bersalah