Dalam Bahagian 1: Bagaimana Negara China Menceroboh Malaysia Secara Diam, kami telah berkongsi bagaimana China membina fasiliti ketenteraan di Kepulauan Spratly serta gangguan mereka di Beting Patinggi Ali.

Dalam Bahagian 2: Respon Malaysia Terhadap Pencerobohan China Di Laut China Selatan pula, kami telah berkongsi bagaimana Malaysia mengimbangi hubungan baik dengan China; dengan keselamatan negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, mari kita lihat mengapa China dan US berminat dengan rantau ini, dan apakah perkara yang terjadi di antara 2 kuasa besar ini.

Kepentingan China di LCS

China mahu meluaskan sempadan mereka di LCS adalah kerana sebab-sebab berikut:

  • Ekonomi

Laut China Selatan merupakan laluan perdagangan berhargi RM20.92 trilion, sumber perikanan dan sumber petroleum dan gas asli.

penghantaran-petroleum
Laluan penghantaran petroleum pada tahun 2011 melalui jalan laut. EIA.GOV

Mereka mahu membentuk Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) China yang sangat luas di LCS.

  • Sejarah

China mendakwa sebahagian besar LCS adalah milik mereka atas faktor sejarah.

Perkara ini adalah berdasarkan peta yang dilukis pada tahun 1947 memperincikan 9GP.

Tiada penjelasan terperinci pernah dibuat oleh China tentang 9GP, tetapi adalah dipercayai ia adalah berdasarkan penguasaan Jepun yang meletakkan rantau ini di bawah pentadbiran Taiwan (ROC) ketika Perang Dunia ke II, dan kemudiannya 'memulangkannya' kepada Taiwan selepas kalah dalam peperangan. Kita dapat melihat di sini, China (PRC) mendakwa apa yang dimiliki oleh Taiwan (ROC), adalah miliknya.

  • Kedaulatan

China menceroboh kawasan 9GP di LCS adalah supaya kedaulatan mereka di sebahagian besar LCS diakui oleh masyarakat antarabangsa.

9GP-EEZ-ASEAN
Garisan 9GP China dan EEZ negara-negara Asia Tenggara. BBC

Mereka mahu menguasai kesemua pulau yang berada dalam 9GP termasuklah Kepulauan Spratly dan Paracel beserta wilayah perairannya. Mereka juga mahu menguasai EEZ dan dasar laut di kepulauan tersebut.

Sekiranya ini diakui, boleh dikatakan keseluruhan LCS merupakan EEZ bagi negara China.

  • Kawalan Udara

Menurut AFP, dari sudut kepentingan udara, China juga menimbang untuk mengawal udara di LCS dengan mewujudkan Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ).

jet-pejuang
Jet pejuang China. China Defense Blog

Ini bermakna, pesawat yang mahu menggunakan zon udara tersebut harus mendapatkan kebenaran daripadanya terlebih dahulu. Sekiranya tidak, “langkah pertahanan kecemasan” akan diambil terhadap pesawat berkenaan.

  • Aktiviti Ketenteraan

China menetapkan aktiviti ketenteraan di EEZ negaranya sebagai tindakan tidak sah di sisi undang-undang, akan tetapi, klausa UNCLOS tidak pernah menghalang tindakan sedemikian oleh negara lain di EEZ.

kapal-filipina
Kapal perang Filipina yang berkarat dan telah digunakan sejak Perang Dunia Kedua, diletakkan di Second Thomas Shoal, yang juga dituntuu oleh China. BBC

UNCLOS dengan jelas mengatakan aktiviti di EEZ perlu dilihat dalam konteks ekonomi semata-mata, bukannya ketenteraan.

Salami Slicing

China menggunakan pendekatan "salami-slicing" untuk meluaskan sempadannya. Ia mengambil dan membina sedikit-sedikit dan berterusan, tetapi akhirnya boleh menyebabkan perubahan strategik yang besar.

spratly
Gambar satelit menunjukkan pembinaan landasan kapal terbang di Terumbu Fiery Cross di Laut China Selatan. Handout/Reuters

Dengan usaha berterusan, China dapat membina alasan lebih kukuh untuk tuntutannya.

Akan tetapi apabila 'dihiris cukup nipis', walaupun akan ada yang tidak selesa, tiada siapa akan berani mengambil tindakan dramatik untuk mewajarkan peperangan.

Kebimbangan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat bimbang dengan perkembangan dan pencerobohan, serta tuntutan kedaulatan China yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas sekali China tidak menghormati UNCLOS mahupun Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DoC) di antara China dan kesemua 10 negara ASEAN pada tahun 2002. China menuduh Filipina mengkhianati konsensus yang dipersetujui dalam DoC melalui tindakan pendakwaan mereka pada tahun 2013.

Seperti negara-negara lain di rantau ini, US juga bimbang "freedom of navigation" atau kebebasan untuk belayar dan terbang di LCS dicuri oleh China.

tentera-laut-china
Tentera Laut China. Foreign Policy

Dengan itu, pada 13 Oktober 2015, US telah menghantar kapal perang USS Lassen sehingga jarak kurang daripada 12 batu nautika (dipercayai 7 hingga 8 batu nautika) daripada Terumbu Subi di Kepulauan Spratly, berhampiran pulau tiruan yang dibina oleh China.

Bonnie Glaser dari Center for Strategic and International Studies, Washington dalam temubualnya bersama PBS berkata, operasi menghantar USS Lassen adalah sebagai sebagai simbol "freedom of navigation".

Ikuti temubual beliau di bawah:

Ketika ditanya, "Idea 'freedom-of-navigation', adakah ia satu hak yang akan hilang kalau tidak digunakan?"

Bonnie menjawab, "Amatlah penting bagi tentera-tentera laut dari pelbagai negara untuk belayar melalui kawasan ini sebagai 'freedom of navigation' atau 'innocent passage'. Dan ya, anda harus menggunakannya atau akan ada negara yang menuntut, lantas menghalang tentera laut negara lain menggunakannya."

Ekonomi dunia dan Amerika syarikat bergantung kepada "freedom-of-navigation" di lautan. Perdagangan di LCS yang bernilai RM20 trilion membawa sehingga USD $1.2 trilion (RM5.17 trilion) kepada pelabuhan-pelabuhan di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga mempunyai kepentingan untuk memastikan tiada kuasa besar dapat menulis semula undang-undang maritim antarabangsa yang telah dipersetujui bersama, secara unilateral.

Situasi Kini

China tidak menghargai provokasi yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

chang-wanquan
Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan. Ed Jones/Reuters

"Tindakan kapal perang Amerika Syarikat mengancam kedaulatan dan keselamatan China, membahayakan keselamatan kakitangan, kemudahan di terumbu, serta merosakkan keamanan dan kestabilan serantau," kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

Amerika Syarikat pula melalui kenyataan Setiausaha Pertahanannya, Ash Carter berkata, "Amerika Syarikat telah menjalankan operasi tentera laut di Laut China Selatan baru-baru ini dan akan menjalankan operasi yang sama pada masa akan datang ," kata Carter.

Sebagai tindak balas, China menghantar beberapa buah jet pejuang J-11B ke Pulau Xongxing.

ashcarter-kapalinduk
Ash Carther bersama Hishammuddin Hussein di atas kapal induk Theodore Roosevelt. BBC

Semalam, Setiausaha Pertahanan Ash Carter disertai oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein melawat kapal induk Theodore Roosevelt yang sedang belayar kira-kira 70 batu (112 batu) di barat laut Borneo.

Penutup

Daripada pemerhatian kami, buat masa sekarang, Malaysia akan meneruskan tradisi menjaga hubungan baik dengan China dengan menyelesaikan pertikaian secara tertutup. Tetapi dalam masa yang sama, Malaysia akan terus mengukuhkan pertahanan melalui kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk memelihara kepentingan negara.

Artikel kami sebelum ini, serta temubual bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad menjelaskan kepentingan memelihara hubungan dua hala dengan China.


Laporan daripada NHK World (Tokyo) ini menerangkan saiz sebenar projek penambakan China di LCS:

https://www.youtube.com/watch?v=bnMXscDc11E

Sekiranya anda belum membaca artikel sebelum ini, boleh lawati Bahagian 1 dan Bahagian 2.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram