Majoriti daripada kita yang lahir pada tahun 90 an pastinya membesar dengan menonton filem animasi Usop Santorian dan Keluang Man.

Animasi yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak kita suatu ketika dahulu pastinya masih tersemat di dalam kotak memori kita sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, hari ini dimaklumkan bahawa orang kuat disebalik animasi tersebut iaitu bekas Presiden Persatuan Animasi Malaysia, Kamarudin Ismail, selaku orang kuat disebalik animasi Usop Sontorian dan pencipta Keluang Man telah pergi mengadap Illahi buat selamanya semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 4.15 petang tadi di PPUM kerana serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di sana.

Allahyarham juga merupakan merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada tahun 90 an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Sumber: Facebook Keluang Man

Sepanjang kerjaya seni Allayarham, beliau telah dianugerahkan dengan pencapaian yang luar biasa termasuk dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 bagi 2 tahun berturut-turut sekaligus mengangkat beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman, terima kasih kerana telah mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan karya-karya yang cukup menggamit memori.

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal penyanyi terkenal era 80an iaitu Datuk Nassier Wahab. Klik pautan ini untuk bacaan lanjut.

Penyanyi Terkenal Era 80-an Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

Saleem Iklim Meninggal Dunia

Bekas Pemain Drum Search, Yazit Ahmad Meninggal Dunia

Sumber