Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Siri BoBoiBoy merupakan salah satu kejayaan industri animasi negara, telah berjaya dieksport ke luar negara dan ditayangkan di platform antarabangsa Disney dan Netflix. Menerusi laman Twitter milik Nizam Razak, pencipta siri ini dan pengasas studio Animonsta, berkongsi beberapa maklumat menarik di akaun Twitternya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Nizam, apabila Nizam memberikan idea watak Yaya memakai tudung kepada Laura Wendt, pengurus besar Disney Channel Asia, dia terdorong untuk meneruskannya kerana melihatnya sebagai animasi unik dari rantau ini. Dia terkejut dengan keputusan Laura tersebut.

Pada masa yang sama, dia berasa terkilan apabila BoBoiBoy cuba dipasarkan ke negara yang majoritinya beragama Islam, di situ pula tudung menjadi sensitif. Oleh itu, watak Hanna (yang tidak bertudung) muncul bagi menggantikannya watak Yaya. Negara majoriti Islam lebih memilih watak tidak berhijab daripada berhijab.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Oleh hal itu, apabila Animonsta menerbitkan siri Mechamato, beliau bertekad untuk tidak mengubah konsep asal, sebab itu watak hijab dan berkerusi roda Mara dapat dilihat dalam siri ini, kerana ia termasuk audio bahasa tempatan. Siri ini juga diterima baik oleh penonton Jepun.

“Pelik bin ajaib apabila yang bukan Muslim menerima watak Yaya bertudung tetapi negara majoriti Muslim pula tidak menerima watak Yaya yang bertudung. Pada awalnya kami ikutkan kehendak mereka tetapi kini kami tidak lagi tunduk kepada permintaan sebegitu.

“Kami sedar jika kita sendiri tidak mengetengahkan kepercayaan dan budaya dari rantau ini, siapa lagi? Kita tidak mungkin menjadi unik dengan cuba menjadi sama seperti yang lain,” tulis Nizam.

Sementara itu, seorang peminat Boboiboy menerusi laman komen tersebut mengatakan Yaya ialah watak yang paling dia minati dalam Monsta universe. Dia sangat gembira kerana Nizam kekalkan watak Yaya berhijab serta dia berharap Nizam dan staff Monsta dapat menunjukkan kepada peminat perkembangan watak Yaya dengan lebih mendalam lagi di masa hadapan.

Pengajaran yang dapat diperoleh dari isu ini adalah idea tempatan lebih cenderung diterima oleh orang luar kerana ia unik dan inklusif berbanding dengan orang kita.