Menjadi rakyat Malaysia bukan sesuatu yang sukar jika anda mempunyai keupayaan untuk memahami dan bertutur dalam pelbagai bahasa. Kebetulan pula negara kita tumbuh oleh kaum Melayu, Cina, India dan beberapa etnik lain yang berada di Semenanjung, mahu pun Sabah Sarawak. Ia sebenarnya satu kelebihan untuk menguasai pelbagai bahasa.

Tetapi persoalan yang perlu ditanya bagi mereka yang hanya menguasai satu bahasa; adakah anda boleh hidup di sesuatu negara dengan hanya menggunakan satu bahasa?

Baca Juga:

Persoalan ini yang dibawa oleh Zhou, seorang pencipta kandungan dari China yang membuat satu eksperimen dengan hanya bertutur bahasa cina di Kuala Lumpur. Dia mendokumentasikan pengalamannya mencari jawapan kepada persoalan ini di Douyin, platform media sosial China.

Semasa di Kuala Lumpur, Zhou melihat sekelilingnya penuh dengan bahasa cina. Sehingga dia menyatakan bahawa, “Rasanya seperti di rumah. Saya juga boleh mendengar orang lain bercakap dalam bahasa Cina.”

Selepas terhibur dengan apa yang dilihat dan didengari olehnya, sudah tiba masanya untuk dia melakukan percubaan bercakap dalam bahasa Cina dengan masyarakat setempat.

Zhou berbuat demikian dengan memesan makanan di salah satu rangkaian makanan segera di pusat beli-belah. Bagaimanapun wanita di kaunter tidak dapat memahami apa Zhou sampaikan, namun dia diselamatkan oleh seorang pekerja yang boleh berbahasa cina.

“Eksperimen” beliau tidak berakhir di situ. Selepas selesai makan, Zhou meneruskan percubaannya untuk berbahasa Cina, dan kali ini, dia cuba bercakap dengan salah seorang pekerja di kedai cermin mata.

Seperti di kedai makan tadi, wanita di kedai cermin mata ini gagal memahami apa yang dituturkan oleh Zhou. Namun dia diselamatkan oleh seorang pekerja Melayu yang membantu Zhou dengan memahami apa yang dia perlukan.

“Mengkikut pemerhatian saya tidak kira jenis kedai, anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina tanpa sebarang masalah. Ia ajaib!”

Akhir sekali, Zhou membuat 1 percubaan terakhirnya dengan mendekati penjaga hotel dan berpura-pura bertanya tentang set sarapan. Perbualan berjalan lancar tanpa memerlukan penterjemah.

“Berbual dalam bahasa Mandarin di hotel untuk daftar masuk & daftar keluar adalah lancar. Tiada masalah langsung.”

Pengalaman Zhou berada di Kuala Lumpur dan berkomunikasi dengan hanya satu bahasa telah disimpulkan bahawa anda sebenarnya boleh bertahan di Malaysia dengan hanya bercakap bahasa Cina.

“Ramai yang boleh berbahasa Cina di sini, termasuk mereka yang tidak kelihatan seperti orang Cina.”

Bagaimanapun, untuk orang asing seperti Zhou, beliau perlu memahami bahawa Malaysia tidak tumbuh hanya dengan satu bahasa. Jika beliau memilih untuk tinggal di sini, penguasaan bahasa Melayu wajiblah di beri keutamaan.