Jika disebut mengenai kartun ‘Pingu’ pasti anda teringat pada nostalgia menunggu dihadapan televisyen untuk menyaksikan keletah keluarga penguin comel ini. Baru-baru ini dilaporkan bahawa pelukis ilustrasi ‘Pingu’, Tony Wolf meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Pingu

Difahamkan Tony Wolf atau nama sebenarnya Antonio Lupatelli meninggal dunia di Itali. Ilustrasi ‘Pingu’ mula diperkenalkan sebagai sebuah animasi oleh produser Jerman, Otmar Gutmann pada era 1980an. ‘Pingu’ yang terkenal dengan aksi comel memaparkan nilai-nilai positif seperti nilai kekeluargaan. Menariknya, ‘Pingu’ pernah memenangi anugerah dalam British Academy Film Award (BAFTA).

Berikut kami sertakan video kartun ‘Pingu’ untuk menggamit kenangan anda. Mungkin persoalan mengenai milik siapakah baju yang diseterika oleh karakter ibu Pingu tidak akan pernah terjawab selepas ini. Selamat tinggal “Noott Noott”.