Sejak mula menggunakan komputer, kami yakin pastinya ramai yang sudah dengan kehadiran fungsi copy, cut dan paste yang memudahkan orang ramai khususnya para pelajar.

Mungkin ramai yang tidak tahu, fungsi yang kelihatan sangat simple ini diilhamkan oleh seorang saintis komputer bernama Larry Tesler yang baru sahaja meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
uitvinder-van-het-knippen-kopieren-en-plakken-larry-tesler-overleden
Sumber: Tellerreport

Sedikit sejarah mengenai Larry Tesler, beliau memulakan kerjaya beliau di Xerox dimana beliau memperkenalkan fungsi yang masih digunakan ramai sehingga kini. Kejayaan dan idea beliau di Xerox sekaligus membuatkan pengasas Apple, Steve Jobs teruja serta kagum dengan inovasi yang dihasilkan dalam dunia komputer.

Beliau kemudiannya dilamar untuk bekerja di Apple sejak 1980 dimana beliau berkhidmat sehingga 1997 serta merupakan individu penting dalam membangunkan Macintosh, QuickTime, Lisa dan Newton. Larry Tesler juga dilaporkan turut pernah berkhidmat di Amazon dan Yahoo.

Larry_Tesler_Smiles_at_Whisper.0
Sumber: The Verge

Takziah diucapkan buat keluarga mendiang Larry Tesler. Idea dan inovasi beliau dalam menghasilkan fungsi copy, cut dan paste ini sememangnya sangat berguna sehingga kini. Para pelajar serta mereka yang banyak melakukan kerja menaip pastinya sangat menghargai kehadiran fungsi ini.

Pada bulan ini kita turut dikejutkan dengan berita dua selebriti tempatan yang meninggal dunia iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia