Profesion pencipta konten gaming sememangnya sudah mula dikenali secara meluas di kalangan rakyat Malaysia. Malah, ramai yang bercita-cita mahu menjadi pencipta konten terkemuka oleh kerana mahu mendapatkan pendapatan lumayan.

Salah seorang pencipta konten gaming terkemuka tanah air iaitu Muhd Rezza Rosly atau lebih dikenali sebagai Rezzadude dilaporkan berjaya meraih pendapatan setinggi RM600,000 menerusi laporan baru-baru ini. Difahamkan beliau sudah menceburi secara aktif sejak tujuh tahun lalu sebagai penyedia kandungan permainan video.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Malah, beliau pada mulanya hanya berniat mahu menghiburkan orang ramai dengan keletahnya sebagai YouTuber dan penyedia kandungan permainan video di TikTok ternyata membuka rezeki yang tidak disangka-disangka.

Dengan minat serta pengetahuan dalam permainan video dan kepetahan bercakap di hadapan kamera sudah mampu menjadikan ia sebagai satu profesion yang lumayan. Beliau juga mengatakan sudah meminati permainan video sejak kecil lagi dan mulai menjadi pencipta konten pada tahun 2015 kerana terinspirasi dari YouTuber terkenal, PewDiePie.

Sumber Gambar: YouTube

Bagaimanapun, pendapatan sebagai streamer juga tidak menentu tetapi kebiasaannya mencecah lebih RM2,000 sebulan yang merangkumi hasil kerjasama YouTube dan kempen. Beliau akan menggunakan wang tersebut untuk membeli konsol atau permainan baharu dan bakinya digunakan untuk meringankan beban keluarga.

Sejak mendapat penerimaan yang positif daripada masyarakat, beliau sangat gembira kerana dapat memberi pendedahan tentang kewujudan para streamer di Malaysia yang kian berkembang pada saban hari. Beliau juga bercita-cita mahu membuka sebuah cafe bertemakan permainan video dan menubuhkan pasukan E-Sukan tersendiri.

Sumber Gambar: YouTube

Seorang lagi individu yang berjaya meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka dengan menjadi streamer dan YouTuber bertemakan permainan video adalah Oohami atau nama penuhnya Syahmi Hafiy Shahrul Zaman. Beliau yang baru berusia 24 tahun tidak menyangka bakal menjadi streamer sebagai kerjaya tetap.

Beliau juga sudah sudah mempunyai minat yang mendalam di dalam dunia permainan video sejak di bangku sekolah rendah lagi. Selepas tamat persekolahan, beliau pun mencuba membuka saluran YouTube dan mula memuat naik video dengan suka-suka pada tahun 2016.

Sumber Gambar: YouTube

Malah katanya, minat, sokongan pengikut dan pulangan diterima mendorongnya untuk terus menjadi streamer dan YouTuber sepenuh masa. Bagi Oohami, kepuasan buat dirinya apabila dapat bermain permainan video dan tidak sangka Youtube membuka jalan untuknya menjana pendapatan yang banyak.

Menariknya, dalam masa setahun iaitu pada tahun 2017 beliau berjaya mendapat pendapatan pertama daripada YouTube sebanyak $800(~RM3,771). Sejak itu, keluarga mula sedar dan beliau juga dapat membuktikan bahawa menjadi streamer dan YouTuber boleh mendatangkan hasil lumayan.

Sumber