Datuk Pua Khein Seng warga Malaysia yang mencipta pemacu pena atau pen drive kini berusaha untuk merayu hukuman penjara dua tahun yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah Taiwan. Pengasas dan pengerusi Phison Electronics Corp berusia 47 tahun itu didapati bersalah oleh mahkamah Taiwan kerana melanggar Akta Sekuriti dan Bursa negara itu dan didakwa memberi gambaran yang salah mengenai laporan kewangan Phison kepada pihak berkuasa kawal selia.

Memetik kenyataan Phison, portal berita tempatan Malaysiakini melaporkan bahawa Pua kini dalam usaha untuk merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan pada 29 Oktober terhadap kes yang sudah dibicarakan sejak Ogos 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pua menyatakan kekesalannya terhadap penghakiman itu dan akan berbincang dengan peguam untuk menentukan perkara yang sepadan dan merayu kes ini ke mahkamah bagi peringkat kedua,” ia dipetik sebagai berkata.

Menurut laporan berita itu, Phison menegaskan bahawa Pua membuat “special business arrangement” untuk mengatasi saingan sengit dalam krisis kewangan 2008 ketika dia mengawal beberapa syarikat.

Malaysiakini melaporkan bahawa Phison menyokong rayuan Pua kerana perjanjian yang dipersetujui olehnya adalah untuk kepentingan jangka panjang syarikat dan tidak menjejaskan reputasi mahupun kepentingan mereka.

Syarikat itu juga dilaporkan berkata bahawa ia telah bekerjasama dengan pengawal selia kewangan Taiwan serta menyemak laporan kewangan dan mendapati tiada apa yang mencurigakan.

“Ahli lembaga pengarah Phison telah mengadakan perbincangan dengan penghakiman mahkamah, dan mereka semua menyokong dan meminta Pua untuk terus melaksanakan tugasnya untuk memimpin syarikat.

“Oleh itu, untuk kepentingan keseluruhan syarikat, Pua akan merayu [keputusan] penghakiman itu kepada mahkamah kedua dan akan meneruskan perbincangan penyelesaian dengan Securities and Futures Investors Protection Center,” Phison dipetik sebagai berkata.

Kingston lancarkan USB Flash Drives dengan kapasiti terbesar di dunia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

7 Gajet Anda Boleh Dapatkan Di Lazada Dengan Harga Dibawah RM99