Seorang bapa yang bakal menimang anak buat pertama kali mahu kongsi keterujaannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan kemahiran perisian yang dimiliki, dia merancang untuk menghantar gambar anak serentak in real time meskipun pada waktu itu masih tiada lagi alat atau perisian seumpamanya.

Gambar: Time

Setahun sebelum Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel 1998, Philippe Kahn, usahawan perisian, telah berjaya menghantar gambar anak perempuannya yang baru lahir kepada lebih 2,000 orang dari hospital pada 11 Jun 1997. Dia berusaha menyambungkan kamera digital Casio QV-10 dengan telefon bimbit Motorola Startac yang disambungkan pula dengan wayar ke komputer bimbit Toshiba Satellite Pro dengan kod perisian khas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar: Time

Peristiwa itu menjadikan gambar anaknya Sophie sebagai gambar pertama yang dihantar melalui telefon bimbit. Ia turut diumumkan oleh Time Magazine sebagai salah satu gambar yang paling berpengaruh sepanjang zaman.

Penemuan konsep teknologi ini berlaku tika usia internet baru 4 tahun dan masih menggunakan wayar (tiada Wi-Fi). Kahn telah menggabungkan telefon dan kamera menjadi sebuah alat yang banyak kegunaannya pada hari ini sebagai satu komunikasi visual segera.

Gambar: Wikipedia

Usahanya tidak terhenti disitu. Dia memperkemaskan lagi prototaip telefon kamera sehingga ia digunakan oleh Sharp pada November 2000 bagi menghasilkan telefon bimbit pertama yang mempunyai fungsi integrasi dengan kamera bagi jualan komersil. Telefon kamera Sharp model J-SH04 menggunakan sensor CCD, dengan infrastruktur Sha-Mail (Picture-Mail) ini dijual di Jepun. Ia boleh menghantar gambar secara elektronik.