Selicik-licik mana seseorang melakukan perkara jenayah, pasti ada satu hari akan ‘terciduk’ dengan seseorang satu ‘level’ yang boleh menumpaskannya semudah ‘petik jari’ sahaja.

Baru-baru ini seorang petarung UFC, Jordan Williams telah berkongsi video rakaman CCTV di Instagram miliknya di mana seorang lelaki cuba membawa lari kereta Honda Civic ketika beliau meletakkanya di kawasan stesen minyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CScymS-l5_D/

Dalam satu temu ramah bersama MMA Fighting, Jordan Williams yang merupakan seorang pesakit Diabetes Type 1 sejak berumur 19 tahun menyedari kadar gula di dalam darahnya berada di paras rendah ketika kejadian berlaku.

“Setiap kali kadar gula dalam darah saya rendah, kadang-kadang saya akan masuk ke dalam kedai ini tanpa mematikan enjin kereta kerana saya ingatkan kereta tersebut tidak dapat dipandu jika kuncinya tidak berada dalam jarak lima kaki dari kereta. Nampaknya saya salah,” kata Jordan Williams.

Petarung yang berusia 30 tahun itu berada di dalam kedai ketika suspek menyelinap dari bangunan sebelah, dengan santai masuk ke dalam kenderaannya, dan cuba melarikan keretanya. Semasa beliau membeli dan mahu membayar barangannya, Jordan Williams langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

Setelah beliau menyedari suspek sudah berada di dalam keretanya, Jordan Williams segera berlari ke arah kereta Honda Civic miliknya dan segera membuka pintu lalu ‘membelasah’ suspek tersebut sehingga melarikan diri.

Tambah Jordan Williams lagi, beliau bersyukur kerana pencuri tersebut tidak tahu cara untuk ‘menurunkan’ brek parkir ketika kejadian tersebut berlaku di stesen minyak tersebut.

“Dia berjaya melarikan diri tetapi saya bernasib baik kerana brek parkir dihidupkan, kerana ia menghalang kereta tersebut dicuri dan menghalang kereta saya mengundur menghentam pam petrol.

“Jika tidak, mungkin pengakhirannya tidak sama dan mungkin perkara lebih teruk boleh berlaku,” terang Jordan Williams.

Pencuri tersebut tertinggal topi dan telefon yang tidak berkunci di dalam kereta petarung UFC ini, namun tiada apa-apa maklumat mengenai pencuri tersebut yang boleh didapatkan daripada telefon tersebut.

Jordan William turut menyatakan kepada MMA Fighting bahawa beliau mendapat satu pengajaran yang paling bermakna dalam hidupnya, namun beliau tidak teragak-agak untuk membelasah teruk ‘pencuri’ seterusnya yang cuba mencuri kereta kesayanganya pada masa akan datang.

Sementara itu ada seorang lelaki dibelasah oleh seorang atlet MMA wanita. Baca lebih lanjut pada pautan di bawah.

Silap Pilih Mangsa, Pencuri ‘Lunyai’ Dibelasah Atlet MMA

Berlagak Dapat Tewaskan Petinju UFC, ‘Master’ Tai Chi Ini Tewas Dalam Masa 30 Saat Sahaja

Sumber