Kehidupan seorang perompak juga kadang-kadang melelahkan. Bayangkan jika bulan ini dia perlu merompak sekurang-kurangnya 20 rumah dalam satu bulan bagi mencapai key performance indicator (KPI) yang telah disasarkan. Dia akan berada dalam tekanan dan stres yang melampau sehingga dia penat.

Teori di atas mungkin berbunyi sinis, tetapi perompak juga seorang manusia. Mereka juga tidak lari daripada sifat penat dan letih dengan perlumbaan dunia yang semakin hari semakin laju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan melihat kepada kejadian yang terjadi kepada seorang pencuri di Thailand ini, ia menguatkan lagi teori-teori di atas.

Terbaharu, seorang pencuri di Thailand menjadi tumpuan apabila dia memutuskan untuk tidur di rumah yang sedang dirompak olehnya. Mungkin beliau kepenatan atau katil di rumah terbabit terlalu selesa, tetapi tindakan beliau telah mengakibatkan beliau ditangkap oleh pihak berkuasa.

burglar-4
The Thaiger

Apa yang lebih lucunya adalah lelaki muda berusia 22 tahun itu dikejutkan oleh pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang pegawai polis. Pemilik rumah itu mendapati perompak terbabit sedang nyenyak tidur di dalam bilik tidur anak perempuannya.

Perompak itu dikatakan masuk ke dalam rumah terbabit sekitar jam dua pagi semasa pemilik rumah yang juga seorang pegawai polis sedang tidur di biliknya. Ketika pemilik rumah itu bangun, dia terkejut melihat penyaman udara di bilik anak perempuan dibuka, tetapi anaknya tidak berada di rumah.

Dengan rasa curiga, pemilik rumah terbabit pergi ke bahagian tingkap dan melihat ke dalam bilik anaknya sebelum melihat seseorang yang sedang tidur nyenyak terbungkus dengan selimut.

Dia kemudiannya berteriak ke arah pencuri terbabit yang bangun dalam keadaan mengantuk dan bingung. Pencuri terbabit lalu ditangkap dan bakal didakwa di atas kesalahan pencurian dan pencerobohan.

Silap pilih mangsa, pencuri ‘lunyai’ dibelasah atlet MMA. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Silap Pilih Mangsa, Pencuri ‘Lunyai’ Dibelasah Atlet MMA

Padah Curi Motosikal Dengan ‘GPS Tracker’, Pencuri Berjaya Diberkas Selepas Hanya 2 Jam

Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC

Sumber