Mulai diperkenalkan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Februari seterusnya ditawarkan secara berperingkat kepada frontliner, warga emas seterusnya orang ramai, program ini nampaknya bakal diteruskan dengan menawarkannya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas.

Menerusi laporan terbaru daripada Astro Awani, kanak-kanak berusia 12 ke atas berpeluang mendaftarkan pengambilan suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Pada peringkat awal ini, hanya pelajar yang lahir pada tahun 2003 yang akan menyambung pelajaran ke luar negara akan diberikan keutamaan. Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Berdasarkan langkah yang dibuat, diharap Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok sekaligus memutuskan penularan wabak COVID-19 serta mengurangkan jumlah individu terkorban akibat pandemik ini.

Timbalan Menteri Sains, Tenaga & Inovasi Malaysia, Datuk Ahmad Amzad Hashim sebelum ini memaklumkan orang ramai untuk tidak merakam video semasa proses suntikan kerana mampu melambatkan proses vaksinasi.

Dakwa Mampu Lambatkan Proses Vaksinasi, Orang Ramai Tidak Dibenarkan Merakam Video

Muhyiddin Disuntik Vaksin COVID-19, Lancar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Hari Ini