Semalam Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi berhadapan dengan 45 tuduhan dalam 3 kes berasingan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, antaranya ialah membabitkan suapan berjumlah RM21.25 juta. Berikut merupakan antara pertuduhan yang dikenakan terhadap Presiden UMNO ini.

MyEG

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ahmad_zahid_hamidi_oct_19__full
Sumber: The Malaysian Insight

Kes pertama melibatkan urusan untuk mendapatkan projek perkhidmatan My EG Services Berhad yang dilakukan ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri. Difahamkan, beliau menerima RM13.25 juta dari 24 transaksi cek pada 15 Julai 2016 hingga 8 Februari 2017.

Cip Pasport

Beliau turut disabitkan dengan urusan yang melibatkan suapan bernilai RM6 juta dari Chew Ben Ben, pengarah urusan Datasonic Group Sdn. Bhd. Keseluruhan jumlah wang diperoleh daripada dua transaksi cek pada 26 April 2017. Syarikat tersebut memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta. Syarikat tersebut membekalkan 12.5 juta cip pasport.

Perkhidmatan membawa masuk pekerja asing

ZAHID_HAMIDI_011114_TMINAZIRSUFARI_03_0

Tiga lagi tuduhan disabitkan dibawah kesalahan dalam urusan membawa masuk pekerja asing. Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau telah menerima tiga cek bernilai RM2 juta daripada Azlan Shah Jafril, Pengarah Urusan Profound Radiance Sdn. Bhd.

Transaksi cek dilakukan pada tarikh 3 Ogos 2017 hingga 15 Mac tahun ini. Menurut laporan SPRM, syarikat tersebut menjalankan pusat sehenti di Nepal dan Pakistan. Disebalik urusan tersebut, pusat sehenti tersebut akan memproses permohonan visa dan pasport untuk membawa tenaga kerja asing ke Malaysia.

Jika sabit kesalahanl kesemua 8 pertuduhan boleh dikenakan dengan dakwaan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Hukuman dikenakan dibawah Seksyen 24(1) dibawah undang-undang yang sama, penjara 20 tahun maksimum, denda RM10,000 atau 5 kali ganda nilai rasuah atau kedua-duanya sekali.