Samsung Galaxy Note 7 akhirnya dilancarkan semalam menerusi acara Unpacked 2016 yang berlangsung di New York City. Pelancaran telefon terbaru siri Note ini menandakan Samsung Galaxy Note telah melangkah kepada model keenam mereka.

Untuk pengetahuan anda, Samsung telah melangkau penggunaan nama model siri Note mereka daripada Samsung Galaxy Note 5 kepada Samsung Galaxy Note 7. Hal ini berikutan Samsung mahu menyeleraskan nama model bersamaan siri Galaxy S bagi memudahkan urusan pemasaran model mereka selepas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Percaturan yang agak lambat daripada Samsung untuk menyelaraskan siri keluaran mereka  memandangkan kedua-dua siri ini sudah dilancarkan hampir 6 tahun. Tapi tidak mengapa, better late than never. 

Skrin

Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan dengan saiz skrin 5.7-inci Apa yang menarik tentang Samsung Galaxy Note 7 ini adalah skrin dwi-lengkung menerusi model terbaru ini menjadi Note 7 telefon pertama dengan skrin unik ini. Buat anda yang ragu-ragu dengan ketahanan skrin dwi-lengkung ini, Samsung turut menyertakan teknologi Gorilla Glass yang bakal menyelamatkan Note 7 daripada mudah retak.

Spesifikasi

samsung-note-7-9667.0

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy Note 7 dilihat tidak mempunyai masalah untuk beroperasi dengan pantas dan smooth sepertimana Samsung Galaxy S7. Hal ini kerana kedua-dua model ini berkongsi hardware yang sama.

Kami agak terkejut dengan pemilihan Samsung untuk mengekalkan RAM 4GB berbanding RAM 6GB sepertimana telefon-telefon pintar lain yang baru sahaja diumumkan.

Apa yang menarik mengenai ruang storan telefon ini adalah Note 7 dilengkapi dengan ruang storan 64GB UFS 2.0. Ruang storan yang cukup besar untuk kegunaan sendiri. Penggunaan teknologi UFS 2.0 bakal membolehkan Note 7 dapat mengakses data dengan lebih cepat dan pantas. Buat anda yang mahu menjadikan Note 7 sebagai media hub, Note 7 turut dilengkapi dengan slot microSD yang boleh memuatkan storan sehingga 256GB menggunakan slot yang pada slot kad-SIM kedua.

samsung-note-7-9896.0

Salah satu fungsi yang boleh dikatakan agak futuristik pada Samsung Galaxy Note 7 adalah fungsi iris scanner. Fungsi ini bakal memboleh pengguna unlock telefon dengan lebih cepat melalui pengimbas iris. Berdasarkan beberapa review awal, boleh dikatakan semua reviewer berpuas hati dengan fungsi iris scanner yang sangat responsif dan pantas.

samsung-note-7-9617.0

Seperti juga Samsung Galaxy S7, Note 7 turut dilengkapi dengan sokongan kalis air IP68. Pada kali ini, Note 7 sekali lagi hadir dengan fungsi yang agak fancy iaitu sokongan untuk menulis menggunakan stylus meskipun berada di dalam air. Irrelevent yet futuristic.

Kamera

samsung-note-7-9996.0

Tidak banyak yang perlu diulas tentang Galaxy Note 7 memandangkan Note 7 turut berkongsi kamera yang sama sepertimana Samsung Galaxy S7. Dalam pada itu, tidaklah bermakna perkongsian ini tidak baik memandangkan Samsung Galaxy S7 antara telefon pintar dengan kamera yang terbaik setakat ini. Ia dilengkapi kamera belakang 12-megapixel dengan teknologi dwi-pixel, serta menyokong OIS. Untuk rakaman kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 5-megapixel. Kedua-duanya, didepan dan dibelakang dilengkapi dengan lensa aperture F/1.7.

Harga

samsung-note-7-0056.0

Berita baik buat pengguna Malaysia, Malaysia antara negara yang terawal untuk menjual Samsung Galaxy Note 7. Para peminat siri Galaxy Note tidak perlu menunggu lama kerana telefon ini bakal mula dijual pada 19 Ogos ini dengan harga rasmi RM3199 daripada Samsung Malaysia.

Harga yang premium untuk sebuah peranti flagship. Namun, apabila membandingkan dengan penjualan Samsung Galaxy S7 Edge beserta features yang ditawarkan, kami jangkakan Samsung Galaxy Note 7 tidak mempunyai masalah dengan harga yang ditawarkan.

Kesimpulan

samsung-note-7-9719.0

Sejujurnya, Samsung dilihat tidak membuat terlalu banyak perubahan pada Samsung Galaxy Note 7 apabila dibandingkan dengan Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S7. Kami tidak pasti adalah ini langkah playsafe daripada Samsung atau perubahan hardware yang tidak begitu ketara di dalam jangka masa beberapa bulan.

Dalam pada itu, tidaklah bermakna Note 7 merupakan sebuah telefon yang gagal. Samsung Galaxy Note 7 masih berjaya menawarkan rekabentuk yang sleek and sexy. Tidak dilupakan juga teknologi-teknologi baru daripada Samsung Galaxy Note 7 seperti skrin dwi-lengkung dan iris scanner menjadikan Note 7 sebagai trendsetter buat kedua-dua teknologi yang sangat futuristik ini.

Tahniah buat Samsung kerana berjaya menghasilkan Android phone dalam kategori phablet yang boleh dikatakan almost perfect. Adakah berbaloi untuk dapatkan Samsung Galaxy Note 7? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan juga lupa nantikan review penuh daripada kami.

Sumber