‘Avengers: Endgame’ sehingga kini masih menjadi bualan hangat ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat tegar Avengers. Semua perkara yang bersangkut-paut dengan team Avengers akan mendapat perhatian termasuklah kutipan bersih tayangan filem itu yang sudah mencecah USD 2.77 bilion (~RM11.38 bilion).

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa pendapatan setiap ahli Avengers memandangkan Chris Hemsworth atau lebih dikenali sebagai Thor disenaraikan oleh Forbes sebagai salah seorang pelakon dengan pendapatan tertinggi di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat tahun lalu, Chris Hemsworth mendahului kumpulan superhero tersebut pada tangga ke-24 pendapatan tertinggi iaitu sebanyak USD76,400,000 (~RM314,126,240) diikuti oleh Robert Downey Jr USD66,000,000 (~RM271,365,600).

Avengersnetworth
SUMBER: FORBES

Bradley Cooper yang memegang watak Rocket Raccoon pula menperoleh pendapatan USD57,000,000 (~RM234,361,200), Scarlett Johansson atau Black Widow dengan USD56,000,000 (~RM230,249,600), Chris Evans USD43,500,000 (~RM178,854,600) dan diikuti rapat oleh Paul Rudd sebanyak USD41,000,000 (~RM168,612,500).

Menurut Forbes, pendapatan ini bukanlah diterima sepenuhnya daripada bayaran gaji untuk filem Avengers: Endgame sahaja tetapi juga daripada kegiatan seni yang lain. Mungkin disebabkan gaji mereka yang besar menjadi salah satu faktor Marvel perlu ‘membunuh’ beberapa aktor dengan bayaran tinggi seperti Robert Downey Jr dan juga Scarlett Johansson.

Sumber