Ketepikan sejenak ‘kekeliruan’ yang timbul berkenaan isu moratorium pinjaman, mungkin ada yang tertanya-tanya berapakah pendapatan ‘bos besar’ ataupun CEO bank-bank yang sering kita gunakan di Malaysia ini.

Untuk menghilangkan curiousity dan perasaan ingin tahu anda tentang berapa pendapatan yang dijana oleh bos-bos besar ini, berikut kami susunkan gaji lima CEO bank terkenal di Malaysia mengikut urutan paling kecil ke paling besar.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Ayuh kita mulakan!

5. Maybank

Abdul-Farid-Alias

CEO- Datuk Abdul Farid Alias

Berada di kedudukan kelima adalah Datuk Abdul Farid yang mula dilantik sebagai Group President dan Chief Executive Officer  Maybank sejak Ogos 2013.

Beliau bukanlah individu yang calang-calang dalam dunia perbankan dan mempunyai 25 tahun pengalaman dalam perbankan pelaburan dan kewangan korporat bersama beberapa institusi terkenal seperti Khazanah Nasional Berhad, JP Morgan dan Aseambankers.

Anggaran pendapatan 2019: RM8.4 Juta

Sumber: Maybank Annual Report 2019

4. CIMB Group

tengku zafrul

CEO: Tengku Zafrul Aziz (sehingga 9 Mac 2020)

Antara nama yang paling dikenali dalam senarai kali ini adalah Tengku Zafrul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai CEO CIMB Bank.

Bersama CIMB beliau berkhidmat selama enam tahun sejak 2014 sebelum menyertai kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu sebagai Menteri Kewangan.

Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar ini juga merupakan ahli APEC Business Advisory Council dan merupakan penasihat pembangunan sosioekonomi kepada Majlis Sukan Negara.

Anggaran pendapatan 2019: RM8.5 Juta

Sumber: CIMB 2019 Annual Report

3. Hong Leong Financial Group

TAN KONG KHOON / HONG LEONG BANK

CEO: Tan Kong Khoon

Berada di kedudukan ketiga, Tan mula menyertai Board of Directors Hong Leong Bank Berhad pada Julai 2013.

Sebelum bersama Hong Leong, Tan pernah berkhidmat bersama DBS Bank sejak 1981  dan pernah menyertai beberapa institusi kewangan tersohor serantau seperti Citibank, Standard Chartered Bank and ANZ Bank.

Anggaran pendapatan 2019: RM12.047 Juta

Sumber: Hong Leong Financial Group Annual Report 2019

2. Hong Leong Bank Berhad

fuda

CEO: Domenic Fuda

Merupakan Chartered Banker of the Asian Institute of Chartered Bankers (“AICB”), Fuda mula dilantik ke posisinya sekarang sejak 5 Februari 2016.

Sama seperti Tan yang berada di kedudukan ketiga, Fuda juga pernah berkhidmat bersama DBS Bank Ltd (“DBS”), Singapura dan mempunyai 16 tahun pengalaman bersama Citigroup.

Bersama Citigroup, beliau melancarkan Citi’s Consumer Banking di Vietnam dan membantu menguruskan institusi tersebut ketika krisis kewangan pada 2008 dan 2009.

Anggaran pendapatan 2019: RM15.3 Juta

Sumber: Annual Report 2019 – Hong Leong Bank

1. Public Bank

tayahlek

CEO: Tan Sri Tay Ah Lek

Boleh dikatakan individu paling berpengalaman dalam senarai kali ini dengan 59 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan perbankan.

Mula menyertai Public Bank pada 1966, beliau kemudiannya mula menuju ke kemuncak selepas dilantik sebagai Executive Director pada June 1997 sebelum dinamakan sebagai Managing Director/Chief Executive Officer pada 2002.

Selain memegang jawatan tertinggi di Public Bank, beliau juga merupakan Pengerusi Association of Hire Purchase Companies Malaysia dan ahli Steering Committee and the Service Provider Consultative Group of the National Payments Advisory Council, dan ahli  the Economic Action Council. 

Anggaran pendapatan 2018: RM34.6 Juta

Sumber: 2018 Public Bank Annual Report 

Bagaimanapun, anggaran pendapatan ini adalah hanyalah berdasarkan laporan kewangan tahunan yang dibekalkan di laman sesawang setiap bank yang terlibat dan pendapatan sebenar individu-individu dalam senarai ini mungkin berbeza atau pun tidak daripada apa yang dinyatakan di sini.

Tetapi, setidaknya kita dapat menghilangkan sedikit curiosity kita berkenaan gaji yang diterima ‘orang-orang besar’ dan CEO bank-bank yang kita sering gunakan setiap hari ini.

Jka melihat kepada kelayakan dan pengalaman yang dimiliki, angka yang dibekalkan dilihat berpatutan dan berseusaian dengan tanggunggjawab yang terpaksa dipikul mereka dalam menguruskan institusi-institusi perbankan ini.

Tahukah anda, Bank Negara Malaysia pada semalam memberikan peringatan bahawa peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam akan tetap dikenakan faedah sepanjang tempoh moratorium ini. Baca perkongsian kami di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut. 

Peminjam Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap Bakal Dikenakan Faedah Sepanjang Moratorium

BNM Umum Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Secara Automatik Selama Enam Bulan

Kejutan Moratorium, Berapa Lebihan Faedah Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Ambil?

Anda Mungkin Suka