Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi menetap di negara ini tidak akan dikenakan cukai pendapatan. Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berikutan berlaku kekeliruan mengenai status pembayaran cukai pendapatan ini.

Kekeliruan timbul berikutan dengan situasi status pemastautin bagi tujuan percukaian di Malaysia di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 kepada individu yang tinggal di Malaysia melebihi 183 hari.

walk
Sumber: sg2jb

Namun begitu, individu tersebut tidak akan dikenakan cukai pendapatan sekiranya tidak mendapat apa-apa pendapatan yang berpunca dari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah menjelaskan sebarang pendapatan dari luar negara yang dibaa masuk ke Malaysia akan dikecualikan daripada cukai di bawah Perenggan 28, Jadual 6, ACP 1967. Tambah beliau, iki kerana punca pendapatan republik itu bukannya daripada punca penggajian di Malaysia.