Sebut mengenai Cristiano Ronaldo kami yakin ramai yang cukup mengenalinya. Berjaya menjadi ikon bola sepak serta popularitinya yang terjangkau selama lebih sedekad berjaya membuatkan nama beliau dikenali.

Terbaharu, Cristiano Ronaldo nampaknya berjaya menjadi antara influencer dengan pendapatan tertinggi di Instagram. Pendapatan yang diperoleh bukan sahaja mengalahkan beberapa pemain bola sepak popular malah turut memintas beberapa selebriti terkenal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cristiano Ronaldo

Berdasarkan laporan, Cristiano Ronaldo berjaya mengaut keuntungan melalui iklan di Instagram sebanyak £38.2 juta (RM207.66 juta) diikuti dengan pencabar terdekat beliau, Lionel Messi dengan £18.7 juta (RM101.66). Pendapatan yang diperoleh juga dilihat berganda lebih tinggi berbanding David Beckham, Salena Gomez, Kylie Jenner dan Khloe Kardashian.

Lebih hebat, jenama yang dibawa dirinya berjaya membuatkan pendapatan yang diperoleh melalui platform Instagram melalui pengiklanan lebih tinggi berbanding kontrak beliau di Juventus yang dianggarkan sekitar £26.39 juta (RM143.46 juta).

1548153689_162859_1548156543_noticia_normal
Sumber: Diario AS

Pendapatan yang diperoleh melalui dua sumber ini secara tidak langsung membolehkan pemain berasal dari Portugis ini mengaut £64 juta setakat tahun ini. Untuk pengetahuan, pendapatan yang disebutkan tidak termasuk dengan jumlah keuntungan yang diterima sepanjang menjadi beberapa duta beberapa syarikat terkemuka dunia.

Melihat kepada karier beliau yang semakin memuncak dalam bidang pengiklanan, tidak mustahil nama beliau bakal berada sebaris dengan David Beckham, Tiger Woods dan Sarena Williams dalam bidang pengiklanan.

Tahukah anda, David Beckham dibayar sebanyak RM1.22 juta untuk setiap gambar iklan beliau di Instagram. Turut dikongsikan, Sonny Williams memohon maaf kepada jurugambar Malasia berikutan sebuah isu di Instagram. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

David Beckham Dibayar RM1.22 Juta Untuk Setiap Gambar ‘Sponsored’ Di Instagram

Sonny Williams Mohon Maaf Kepada Jurugambar Malaysia Kerana Isu Gambar Di Instagram

 

Sumber