26 bulan selepas dilancarkan, akhirnya rekod tontonan video tertinggi Youtube yang sebelum ini menjadi milik Psy menerusi lagu ‘Gangnam Style’ berjaya dipecahkan oleh lagu ‘See You Again’ nyanyian Wiz Khalifa bersama Charlie Puth.

Memandangkan music video ini berjaya mendapatkan jumlah tontonan yang tertinggi, ramai yang terfikir berapakah jumlah pendapatan hasil daripada pengiklanan Youtube yang diterima menerusi video penuh emosi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault (2)

wiz-khalifa-see-you-again-ft-chris-brown-x-tyga-furious-7-soundtrack-tribue-to-paul-walker_8443522-40320_1280x720

Berdasarkan sumber daripada TheNextWeb, produksi Wiz and co berjaya mengutip lebih $2.9 juta (~RM12.45 juta) berdasarkan jumlah tontonan 2.9 billion setakat artikel ditulis. Jumlah pendapatan yang diterima juga bakal bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah tontonan.

Nyanyian Charlie Puth yang penuh dengan emosi serta ‘kehadiran’ Paul Walker antara yang menjadi elemen utama dalam mendapatkan jumlah tontonan tertinggi video ini. Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat di dalam music video ini.

Sumber