Semuanya bermula pada tahun 2009, apabila ekonomi dunia mengalami kemelesetan. Dua beradik, Mike dan JC Conrad yang masing-masing terlibat dalam bidang hartanah dan pembinaan, terjejas teruk. Mereka kehilangan rumah dan kereta mereka ditarik. Mereka jatuh muflis. Kebetulan, bapa mereka jatuh sakit dan mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Seattle dan pulang ke kampung mereka di Spokane, Washington.

Bersama sepupu mereka, Adam Kremin, Mike dan JC Conrad memerah otak mencari idea bisnes yang boleh mereka lakukan. Terlintas idea berdasarkan pengalaman JC Conrad, sewaktu beliau berkerja sebagai pengurus kedai runcit, khusus kepada penjualan ayam. Pada waktu itu, 18kg bekalan ayam segar dibeli daripada penternak, dipotong kecil, dipaketkan, diletakkan di rak dan dijual pada harga yang sedikit mahal.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Melihat kepada proses yang banyak sebelum ayam dapat dijual, JC Conrad mendapat idea untuk menjual lebih banyak ayam : bertanya kepada orang ramai, adakah mereka berminat untuk membeli ayam pada harda 50% lebih rendah daripada harga pasaran, jika mereka membeli 18kg ayam. Hampir 1,000 orang pelanggan berminat dengan idea itu dan mereka menjual 36 tan ayan dalam masa dua hari – tanpa perlu memproses ayam-ayam tersebut.

Berdasarkan idea tersebut, mereka bertiga memulakan langkah dengan ke gereja dan mengiklankan tentang tawaran mereka : 18kg ayam terus dari ladang, pada harga 50% lebih rendah daripada harga pasaran. Mereka menjangkakan, disaat ekonomi yang meruncing, orang ramai akan cuba berjimat apa sahaja yang boleh.

Zaycon-216-square-web_30626
Mike Conrad, CEO Zaycon Fresh

Model bisnes mereka mudah, dapatkan duit pendahuluan daripada pelanggan, sewa trak, pergi ke ladang, beli kesemua ayam dan jumpa pelanggan mereka dikawasan parkir gereja. Sambutan daripada masyarakat Spokane sungguh menggalakkan sehingga mereka berjaya mengutip USD40,000 pada Disember 2009.

Pada tahun 2010, mereka secara rasmi memulakan syarikat Zaycon Fresh dan menumpukan bisnes segar-dari-ladang mereka di daerah Spokane.
“Tiada seorang daripada kami ini lepasan kolej, kami hanyalah entrepreneur yang berniaga kecil-kecilan”, ujar Mike, selaku CEO Zaycon Fresh.
“Kami tubuhkan syarikat ini dan menjual apa sahaja yang boleh seperti ayam, daging dan steak. Tiada sebab lain kecuali kami mahukan pendapatan”

Meskipun Zaycon Fresh berkembang di Spokane, mereka seringkali ditanya adakah bisnes mereka boleh didapati ditempat lain. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk cuba mengembangkan bisnes mereka ke daerah lain. Bermula dengan Seatlle, Boise dan Portland, mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Selepas kejayaan tersebut, mereka membangunkan website untuk memudahkan pelanggan mengetahui tawaran-tawaran mereka dan membayar penduhuluan secara online. Akhirnya, mereka membuat keputusan nekad untuk mengembangkan bisnes Zaycon di lot-lot parking seluruh negara. Untuk mendapatkan liputan yang luas diseluruh negara, Mike dan JC Conrad menghantar email kepada 1,000 blogger. Dengan trak yang penuh dengan kotak-kotak yang mengandungi ayam, Mike menjelajah dari California ke Florida, dan Adam pula dari Washington ke Maine, untuk memberikan ayam-ayam tersebut kepada blogger-blogger untuk mereka review. Hasilnya, review produk mereka keluar di lebih 400 blog dan Zaycon mendapat beribu-ribu pendaftaran baru.

Pendapatan mereka mencecah USD400,000 pada tahun 2010. Zaycon Fresh mula mempelbagaikan produk daging mereka dan jualan meningkat kepada USD4.6 juta. Rezeki mereka mencurah-curah apabila syarikat mereka dipaparkan di rancangan Good Morning America. Selepas rancangan tersebut ke udara, Zaycon Fresh dibanjiri dengan 35,000 pendaftaran pelanggan baru – menyebabkan website mereka crash.

Bermula daripada situ, mereka sedar yang mereka perlu meningkatkan kapital untuk menangani permintaan yang meningkat tiba-tiba. Pada March 2013, mereka mendapat suntikan USD1 juta daripada Mike Giunta. Mereka juga membuat pinjaman sebanyak USD1.3 juta dan memperoleh sejumlah USD6.3 juta daripada pelabur-pelabur lain.

Syarikat mereka terus berkembang dan sehingga kini mempunyai pendapatan tahunan sebanyak USD17 juta dan mempunyai 80 orang pekerja. Servis mereka meliputi 1,200 lot parking diseluruh 48 negeri di Amerika dan mempunyai pelanggan lebih daripada 120,000. Untuk tahun ini, mereka menjangkakan pendatapan mereka mencecah USD70 juta!

Siapa sangka mereka yang dahulunya jatuh bankrap, ditambah dengan kemelesetan ekonomi pada waktu itu, mereka mendapat idea untuk meringankan beban orang lain dengan jualan terus dari ladang, kini mempunyai syarikat bernilai jutaan dollar berasaskan model bisnes yang sama.

Memetik kata-kata Mike,

“If we focus on people, which is what this whole thing is about, the business will grow,”.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka