Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pelakon jelita Nad Zainal berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru berdarah.
Menurut pelakon utama drama Cinta Buta, Ungku Ismail, keadaan Nad Zainal masih belum diketahui kerana doktor belum menentukan punca penyakitnya.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Menurut laporan, Ungku Ismail berkata, doktor masih tidak pasti sama ada jangkitan itu berpunca daripada kencing tikus atau bakteria daripada penyakit lain kerana Nad Zainal tidak menunjukkan sebarang gejala tersebut.
Bukan itu sahaja, malah doktor menyatakan bahawa Nad mempunyai autoimun iaitu keadaan di mana sistem imunnya menyerang sel atau tisunya sendiri.
Ramai yang tertunggu-tunggu kemaskini khabar berita Nad dari Ungku Ismail. Bagaimanapun, Ungku telah memaklumkan bahawa empat doktor kini merawat dan memantau Nad dengan dos steroid yang tinggi.
Sementara itu, pendarahannya masih lagi berlaku walaupun doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.
Ujar Ungku lagi, doktor sudah memberi pelbagai ubat, namun masih tiada kesan atau tindak balas terhadap jangkitan pelakon Dendam Seorang Isteri itu.