“Saya pernah diliwat dan dirogol oleh adik lelaki ibu saya sendiri ketika umur 8 tahun, dan berlarutan sehingga saya berumur 13 tahun. Satu je saya nak pesan kepada semua ibu bapa, JANGAN PERCAYA SESIAPA PUN untuk jaga anak kita. Walaupun adik beradik kita sendiri.”

Ini kiriman email yang saya terima pagi tadi, oleh salah seorang pembaca buku saya “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna“.

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

Wanita yang minta namanya dirahsiakan ni,tergerak untuk email saya, selepas baca satu perkongsian dalam buku tu yang betul-betul menyentuh perasaannya, iaitu PEDOFILIA.

Dalam email tersebut, beliau ada ceritakan secara detail tentang peristiwa hitam yang masih jelas dalam kepalanya.

I won’t share the whole story here, sebab saya yang baca pun menggigil.

Tapi saya nak kongsi sikit kronologi kejadian yang berlaku kepada wanita malang ni supaya boleh jadi ikhtibar kepada kita yang mungkin pandang remeh tentang isu pedofilia.

Menurut wanita tersebut tragedi bermula sekitar tahun 1994, ketika berumur 8 tahun.

Adik lelaki ibu saya dapat tawaran di kolej berhampiran dengan rumah kami. So sejak itu, dia mula tinggal serumah dengan kami. Bagi mak ayah saya, benda ni biasa dan tak salah pun. Lagipun, dia adik beradik mak saya.

Semuanya berjalan seperti biasa, sampailah saya perasan pakcik saya suka meriba saya di pangkuannya dan kerap memegang peha saya. Beberapa lama kemudian, pakcik saya lebih berani dengan mula memegang kemaluan saya, dan saya juga disuruh pegang kemaluannya.

Masa tu saya pernah nak bagitahu ibu, tapi pakcik cakap, kalau bagitahu ibu nanti kena marah. So saya diamkan saje. Bila ibu ayah saya tiada di rumah, pakcik akan ajak tengok cerita-cerita lucah di biliknya. Dan lama-kelamaan kami mula ikut adegan-adegan lucah dalam cerita tersebut.

Selain tu, pakcik saya suka ambil gambar saya ketika mandi. Masa tu pakai kamera kodak je. Sekarang saya tak tahu gambar tu masih dalam simpanan dia atau tak. Masa saya darjah 4, saya mula diliwat dan dirogol oleh pakcik saya.

shutterstock_166235003

Masa darjah 5, pakcik saya tamat pengajiannya dan pindah ke tempat lain. Saya ingat takkan jumpa dia lagi, tapi saya silap. Sebab dia selalu datang “ziarah” kami dengan alasan, “rindu keluarga kakaknya”.

Setiap kali dia datang ziarah, kami akan lakukan seks. Dan pada umur saya 12 tahun, saya mula sukakan perbuatan terkutuk itu dan ternanti-nanti kedatangan pakcik saya.

Semuanya berakhir pada umur 13 tahun, bila kami sekeluarga terpaksa pindah ke Kuching, untuk mengikut ayah. Sekarang saya dan pakcik saya tu, masing-masing dah dewasa, dah kawen, dan dah ada anak.

Kami selalu terserempak pada musim raya atau bila ada majlis di kampung. Pakcik saya tu akan buat tak tahu je bila nampak saya. Selamber dia borak-borak gelak-gelak. Padahal dalam hati saya ni rasa nak ambik cangkul, bunuh dan tanam dia hidup-hidup!

Benda macam ni kita tak expect langsung boleh jadi, kan? Apatah lagi si durjana tu ialah adik kita sendiri, dan mangsanya ialah anak kita yang susah payah kita lahirkan ke dunia. Tapi senang-senang je orang boleh rosakkan.

Apa yang menarik perhatian saya lagi, wanita malang ni ada kongsi tentang kesan tragedi pedofilia ni terhadap hidupnya. And apparently, pedofilia adalah satu malapetaka yang amat buruk dan beri impak kekal sepanjang hayat kepada mangsa.

“Walaupun dah berpuluh tahun lamanya tragedi ni, tapi perbuatan pakcik saya tu masih meninggalkan kesan yang amat dalam pada diri saya. Dan saya rasa tak adil bila tengok dia bahagia macam takde apa-apa berlaku!”

Ini antara kesan-kesan pedofilia yang dikongsikan oleh wanita tersebut:

Kesan jangka masa pendek:

download

1. Saya takut dengan semua orang dewasa. Sehingga ada yang cakap saya kurang ajar, sebab taknak bersalaman bila berjumpa.

2. Saya kuat memberontak, agresif tak tentu hala, cakap kasar, dan suka mencederakan diri sendiri. Saya pernah hentak kepala ke dinding sambil menangis.

3. Badan saya selalu lemah, dan kerap jatuh sakit. Ibu ayah pun hairan bila saya selalu ponteng sekolah sebab tak sihat.

4. Saya selalu menghadapi gangguan tidur dan mimpi buruk.

5. Masa awal peringkat dirogol, saya hilang selera makan sampai berat badan turun mendadak, dan pernah warded ke hospital.

6. Saya menghadapi masalah pelajaran merosot. Sebab langsung tak boleh fokus, dan selalu dapat kelas paling hujung sehingga tamat persekolahan.

7. Saya sentiasa dalam trauma dan kemurungan melampau, sampai takde orang nak berkawan dengan saya.

Kesan jangka masa panjang (bila mangsa dah dewasa):

child-abuse-paedophilia-2

1. Saya jadi seorang yang panas baran dan sukar dikawal.

2. Emosi saya tak keruan dan selalu dikatakan gila. Sebab kejap gelak kuat, kejap lagi nangis. Macam ada orang lain dalam diri saya.

3. Zero self-esteem. Saya langsung tak boleh eye-contact dengan orang lain. Takut dan rasa diri ni hina sangat.

4. Paling menyedihkan, saya bukan lah isteri dan ibu yang baik seperti wanita-wanita lain. Mungkin sebab kemurungan, trauma dan panas baran melampau dalam diri saya. Tapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya sayang suami dan anak-anak.

5. Saya tak pandai berkomunikasi dan anti-social tahap kronik. Saya kawen dengan suami pun sebab dijodohkan oleh ibu bapa.

Allahuakbar. Such a wake up call for all of us, kan? Mungkin selama ni kita terlalu leka dan lupa berwaspada tentang isu ni.

Dulu pedofilia ni kurang diberi penekanan sebab mungkin takde kesedaran dan belum ada teknologi macam sekarang.

Tapi sekarang, NO EXCUSE! Semua parents kena aware dan ambil langkah berjaga-jaga. Serta cari ilmu tentang perkara ni.

Dalam buku “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna” (mukasurat 84),saya ada share tentang 11 langkah awal untuk elakkan pedofilia berlaku pada anak-anak. Dan ketahui jugak apa ciri-ciri biasa yang ada pada seorang pedofil durjana ni.

So please. Do some readings. Jangan dah jadi sesuatu, baru gelabah nak pusing balik masa. Na’uzubillah. Kepada yang pernah menjadi mangsa pedophilia, please be emotionally strong to heal yourself. Cari mana-mana pakar psikiatri yang boleh merawat anda, and bring back your mental health.

shutterstock_100738540

I know it’s not easy untuk melupakan, apatah lagi memaafkan. Tapi try to do it.
Bukan untuk si durjana tu, but for your own self. Untuk jiwa anda. Kerana semua jiwa berhak merasa bahagia. Termasuk anda.

Kepada yang menulis email ini, how I wish I could give you a hug. Thank you for sharing this with all of us. Just please keep smiling, move on and be happy with your current life.

Allah ada, dan Allah sayangkan awak. Mengadu lah pada Dia setiap kali awak rasa lemah. Kami yang membaca kisah ni pun akan turut sama-sama doakan, insyaAllah.

child-abuse

To all dear parents out there, be sure that you are aware about this serious disaster. And equip yourself with knowledge. Ambil pengajaran dari kisah ni,
dan jangan biarkan ia berlaku pada keluarga kita.

Boleh juga dapatkan buku “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna” ni, supaya masa depan anak-anak tak rosak hanya kerana kelalaian dan ego kita. Semoga Allah melindungi anak-anak keluarga kita semua. Ameen.

Artikel di atas disumbangkan oleh Adlil Rajiah. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka