Pada 23 Jun, Berdasarkan keputusan majoriti, Penduduk Britain memilih untuk tinggalkan European Union. Hasilnya, mata wang GBP atau Pound turun dengan mendadak sehinggakan mencatat kejatuhan terendah sepanjang 30 tahun.

PoundDrop

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain kejatuhan mata wang dan perletakan jawatan David Cameron sebagai Perdana Menteri UK, Penduduk Britain nampaknya perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan iPhone serta produk Apple yang lain.

Jika sebelum ini iPhone 6s dijual pada harga £539, namun tidak pada base model iPhone 7 pada kali ini. Pihak Apple mengesahkan harga yang sama pada buat iPhone 7 namun tidak di Britain yang dijual pada harga £599.

iPhone 7 Plus dilihat menerima peningkatan harga yang lebih banyak. iPhone 7 Plus bakal dijual pada harga £719 berbanding iPhone 6s Plus sebelum ini yang dijual dengan harga £619.

iPhone 7 review (10)-970-80

Produk lain seperti iPad Pro, Apple Pencil, Apple Watch turut menerima peningkatan harga berikutan BREXIT.

Dikatakan sebelum pengundian mengenai adakah Penduduk Britain bersetuju untuk meninggalkan Kesatuan Eropah atau tidak, sebuah kempen telah dijalankan untuk memberi kesederan kepada orang ramai mengenai impak BREXIT kepada orang ramai termasuk kenaikan harga barang.

Project yang dinamakan sebagai ‘Project Fear’ mendapat tentangan hebat buat mereka yang bersetuju dengan BREXIT. Siapa sangka setelah beberapa bulan meninggalkan Kesatuan Eropah, BREXIT lebih dilihat sebagai ‘Project Reality’.

Walaubagaimanpun, peningkatakan harga Apple di Britain ini mungkin tidak terlalu menjejaskan penjualan Apple berikutan purata gaji Penduduk Britain yang tinggi iaitu £26,500 setahun.

Baca lagi: Segalanya Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang BREXIT

Sumber