Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas penduduk Kedah yang merentas negeri tanpa kebenaran sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Perlis. Beliau mengambil maklum mengenai isu terbabit dan akan menyiasat bagi mencari individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran.

“Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis. Sekiranya ada penduduk negeri ini yang didapati merentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan COVID-19 di negeri itu, kita tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun,” katanya kepada Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendakwa bahawa peningkatan kes COVID-19 di Perlis sebanyak 200 kes semalam adalah disebabkan aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk dari Kedah.

Kamarul Zaman berkata individu yang yang tidak bertanggungjawab itu dipercayai berjaya mengelak sekatan jalan raya dengan menggunakan laluan tikus untuk masuk ke Perlis. Pihaknya kini akan memantau dan melakukan rondaan bagi mengenal pasti lorong tikus yang digunakan oleh penduduk Kedah untuk masuk ke Perlis secara haram.

Difahamkan bahawa aktiviti rentas negeri bakal diberikan kepada rskyat Malaysia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Netizen Mula Kemas Beg, Ismail Sabri Beri Bayangan ‘Masa Untuk Rentas Negeri Sudah Hampir’