Kebiasaan baharu telah melarang acara keagamaan daripada dijalankan dalam satu kumpulan yang besar. Tujuanya mudah, iaitu untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19. Namun, bagi sesetengah orang, sikap degil mereka lebih berkuasa daripada keselamatan orang-orang disekeliling mereka.

Di Indonesia, pihak polis telah bertindak menahan penduduk yang disyaki mencetuskan kekejohan semasa rusuhan di salah sebuah kampung di Kabupaten Buol, Sulawesi Tengah.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Sebanyak 19 orang disyaki pencetus kepada provokasi telah ditahan. Mereka ini didakwa melakukan keganasan terhadap pihak polis dan ketua kampung. Dari 19 penduduk, salah seorang dari mereka telah dirakam bertindak memukul seorang ketua kampung.

“Ada 19 orang yang kami bawa ke balai polis, termasuk yang ada di dalam video itu, yang memakai pakaian putih, orang yang memukul ketua kampung hingga jatuh,” kata Ketua Polis Bunobogu, AKP Muhammad Hasby, Ahad, 24 Mei 2020, seperti dipetik dari detikcom.

Sebelum ini, viral di media sosial yang menunjukkan sebilangan penduduk mengamuk kerana dilarang oleh ketua kampung untuk melakukan solat hari raya secara berjemaah.

Pergolakan itu dikatakan tercetus kerana ketua kampung telah melarang beberapa orang daripada mereka untuk melakukan solat secara berjemaah. Tidak mahu menerima larangan itu, mereka terus beremosi dan marah kepada ketua kampung.

Ketua Polis Bunobogu Iptu M. Hasby mengatakan, pada waktu itu ketua kampung datang ke masjid Al Nikmat untuk menghentikan solat Aidilfitri kerana kawasan ini termasuk dalam kategori zon merah penyebaran wabak COVID-19.

“Ya, memang benar, ketua kampung bersama anggota saya datang ke lokasi kerana kami mendapat maklumat mengenai aktiviti keagamaan. Walaupun kawasan itu adalah zon merah virus korona, “kata Hasby.

Untuk bacaan lanjut mengenai Indonesia, klik pautan di bawah.

‘Prank’ Kotak Sumbangan Sahur Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Akhirnya Dicekup

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Anda Mungkin Suka