Ekoran peningkatan kes COVID-19 telah menaik mendadak, pihak kerajaan telah menguatkuasa semula pelaksanaan total lockdown selama dua minggu dari 1 Jun hingga 14 Jun.

Terbaharu, tular klip-klip video menunjukkan beberapa buah unit MPV PDRM cuba mengejar sebuah teksi dari Taman Medan sehingga ke PJ Old Town.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aksi kejar-mengejar tersebut sangat mencemaskan kerana teksi tersebut memecut laju kerana cuba melarikan diri tanpa menghiraukan penduduk setempat yang berada di sekeliling kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pengguna Facebook turut mempertikaikan penduduk setempat yang dilihat ‘bebas’ berkeliaran di jalanan seolah-olah tiada pelaksanaan total lockdown. Mereka kelihatan seperti tidak menghiraukan kes penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat hari ini.

Dari video itu juga kelihatan penduduk setempat telah mengetepikan undang-undang jalan raya dengan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar yang membahayakan diri semasa aksi kejar-mengejar berlaku.

vocket-polis-kejar-teksi-taman-medan-1
Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis
vocket-polis-kejar-teksi-taman-medan-2
Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis
vocket-polis-kejar-teksi-taman-medan-3
Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis
vocket-polis-kejar-teksi-taman-medan-4
Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis
vocket-polis-kejar-teksi-taman-medan-5
Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Orang ramai memohon agar pihak berkuasa mengadakan rondaan di kawasan terbabit kerana risau ekoran penduduk setempat yang mengambil sambil lewa dalam mematuhi arahan pihak kerajaan akan menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.

Difahamkan pada video klip terakhir, pemandu teksi tersebut berjaya diberkas oleh anggota polis di sebuah kawasan kedai makan dan mendapati terdapat satu tiub straw disyaki dadah jenis Heroin dibahagian brek tangan sebelah kiri pemandu.

Sementara itu, baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini.

Isu Ibu Neelofa Dan Sultan Johor, Warganet Dakwa Mesej WhatsApp Seolah Dibuat-Buat

Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kecewa Terhadap Imigresen Malaysia

Gara-Gara Lori Mahu Elak Sekatan Polis, Jambatan ‘Laluan Tikus’ Runtuh