Bandar berusia 300 tahun yang tenggelam disebabkan pembinaan empangan pada tahun 1970-an telah muncul kembali disebabkan cuaca kering.

Bandar ini diberi nama sebagai Old Pantabangan, terletak di wilayah Nueva Ecija, Filipina yang telah tenggelam hampir 50 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian ini telah mengejutkan orang ramai. Bekas penduduk dan pelancong telah berpusu-pusu ke empangan tersebut untuk melihat sendiri sisa kota yang kini tiba-tiba muncul.

Sebilangan penduduk yang percaya kepada teori konspirasi berpendapat bahawa kemunculan semula Old Pantabangan adalah tanda-tanda bahawa harapan masih wujud di tengah-tengah situasi pandemi COVID-19.

“Saya dibesarkan di tempat itu. Sebelum tenggelam, kami terpaksa larikan diri dan mencari tempat tinggal lain,” kata Alexander Agustin, seorang bekas penduduk yang mengaku gembira kerana dapat kembali ke tempat itu.

Pada tahun 1970-an, penduduk kota Old Pantabangan terpaksa mengorbankan harta benda dan kenangan mereka untuk memberi kebenaran kepada pembinaan salah satu empangan terbesar di Asia Tenggara.

Terdahulu, Setiausaha Luar Filipina telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan bahawa Sabah bukan negeri milik Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Claim’ Sabah Bukan Milik Malaysia, Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Ini Cetus Kontroversi

Di Filipina, Batalkan Pesan Penghantaran Makanan Boleh Dipenjara Selama 6 Tahun

Bagaimana Kaum Miskin Dipaksa Berjuang Sendiri Di Tengah Situasi COVID-19 Di Filipina?

Sumber