Selepas setahun memulakan usaha memprotes sebuah projek pembinaan kondominium dibina di atas tapak Taman Rimba Kiara, persatuan penduduk TTDI terpaksa akur dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka untuk menghentikan projek tersebut.

Peguam yang mewakili penduduk TTDI, Balan Nair menerangkan sebab permohonan ditolak kerana projek ini melibatkan pihak ketiga iaitu Yayasan Wilayah Persekutuan (pemilik tanah) dan Memang Perkasa Sdn. Bhd (pemaju) yang telah melabur melebihi RM115 juta. Pihak ketiga ini akan kerugian wang pelaburan jika kes ini dibawa ke mahkamah.

Penolakan permohonan ni juga menyebabkan mereka perlu membayar RM10,000 – RM40,000 kepada setiap pihak yang terlibat iaitu City Hall, Yayasan Wilayah Persekutuan, Memang Perkasa Sdn Bhd dan Persatuan Penduduk Sunderem. Anda boleh membaca lanjut tentang kes ini di sini.

Apakah pandangan anda tentang kes ini? Adakah perlu dikorbankan sebuah taman untuk didirikan satu lagi kondominium? Kongsikan pendapat di bawah.