Wylie Brys, kanak-kanak lelaki bertuah berusia lima tahun berasal dari Texas, mengejutkan ayahnya dengan menunjukkan sesuatu di tangannya. Tim Brys dan anak lelakinya memiliki hobi yang sama. Dan, apa yang ditemui anak lelakinya kali ini benar-benar mengejutkannya. Menurutnya, penemuan yang mungkin hanya sekali dalam hidup mereka itu sangat tidak disangka dan ianya pasti sesuatu yang sangat menarik.

https://youtu.be/mSS3yTF0bMI

Fosil kepala dinosaur yang ditemui Wylie Brys merupakan antara spesis yang jarang-jarang ditemukan. Dinosaur telah menghuni bumi sekitar seratus enam puluh juta tahun dahulu. Dinosaur merupakan haiwan bertulang belakang dengan seribu spesis yang berbeza, menurut ahli paleontologi. Fosil yang ditemui sejak September lagi, dianggar berusia seratus juta tahun. Bagi mereka yang meminati kisah Jurassic Park pasti teruja dengan penemuan terbaru ini.

Kami berharap agar hobi adik Wylie Brys terus mekar dengan penemuan hebat ini, walau hakikatnya beliau masih belum faham dengan apa yang ditemuinya itu lagi. Semoga dengan hobi dan minatnya ini, bakal lahir lagi seorang yang ahli dalam bidang arkeologi atau juga seorang pakar sejarah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤