Nota Editor: Perkongsian ini telah ditulis oleh Cik Srikandi, seorang pengkaji sejarah, khas untuk disiarkan di Vocket. Atas permintaan Cik Srikandi, penerbitan artikel ini di laman web atau blog-blog lain hendaklah dengan izin beliau terlebih dahulu.

Semoga pendedahan ini dapat membuka mata pihak yang berkenaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya. Bagi peminat sejarah, anda boleh ikuti perkongsian terkini Cik Srikandi tentang sejarah Melayu khususnya dan sejarah dunia amnya di Facebook Page Srikandi.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Kapal Purba Berusia 2000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Purba

Baru-baru ini para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara, telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah “Kedah Tua” itu ribuan tahun dahulu, dimana sungai tersebut telah tertimbus dan menjadi kawasan berpaya pada hari ini.

Dipetik dari Bernama,Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin turut mengesahkan penemuan struktur-struktur yang dipercayai bangkai kapal-kapal purba itu.

“Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu). Bagaimanapun kita perlu melakukan lebih banyak analisis dan kajian sebelum dapat mencapai keputusan akhir,” katanya.

kapal-kuno-2

Sebelum The Age of Sail yang dibangga-banggakan Barat sehingga muncul dalam filem-filem termasuk siri The Pirates of Caribbean, 1000 tahun sebelum itu orang-orang Melayu Srivijaya telah memahat ukiran kapal-kapal perdagangan mereka di Borobudur yang mengagumkan itu.

1000 tahun sebelum orang Eropah mengerti memakai kapal-kapal untuk berdagang dan berperang. Bayangkan. Tapi kapal-kapal Kedah Tua ini beratus tahun lebih tua dari ukiran-ukiran kapal di tembok Borobudur itu!

kapal-kuno

Bayangkan, umur kapal-kapal ini lebih 2000 tahun, lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang digali Sweden dan England dan siap dipamerkan di muzium masing-masing. Kapal Vasa dibina pada abad ke-17 manakala Mary Rose pada abad ke-16.

Semasa kapal-kapal purba ini sedang belayar megah atas air, nenek moyang orang Swedish dan English yang bina kapal Vasa dan Mary Rose itu masih hidup berpindah randah macam nomad sebagai suku-suku Norse dan Jerman Kuno, sekali-sekala diserang dan dijajah bangsa Rom.

Sebab itu adalah penting semua pihak yang mempunyai autoriti dalam sejarah dan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah di negara kita untuk sama-sama berganding bahu bagi memulihara dan menjadikan ia sesuatu yang viral di kalangan masyarakat.

Bagaimana kapal-kapal itu boleh berada di situ?

Industri pemprosesan besi. Kedah Tua terkenal pada masa dahulu sebagai hub bagi bekalan besi-besi terproses untuk dieksport ke serata dunia.

Pada tahun 1154 Masehi, ahli geografi Arab bernama Idrisi mencatatkan di dalam kitabnya Al-Rujjar:

“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenal pasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.

Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA. Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”

Perhatikan. Kedah Tua/Srivijaya mula-mula membina pusat pengumpulan komodoti eksport besi di Afrika. Dari sini mereka membekalkannya ke India dan tidak mustahil di dunia Arab sekali.

Kita tahu Idrisi tidak berbohong sebab berdekatan Mozambique adalah Madagaskar dan bangsa Merina yang nenek moyang mereka adalah dari Zabag ini. Merina bertutur dalam kelompok bahasa-bahasa Austronesia berbanding bangsa-bangsa di sekeliling mereka yang terkelompok dalam bahasa-bahasa Afrika.

kapal-kuno-3

Jadi perhatikan petunjuk ini, yang dicatat oleh Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:

“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi.

Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”

Perhatikan. Petunjuk ini ada kaitan dengan catatan Idrisi. Jika yang demikian, di mana bukti bangsa Melayu telah membina perindustrian pembuatan besi?

Jawapannya terletak pada tapak-tapak peleburan besi di Lembah Bujang. Bukti sudah ada namun tiada tindakan proaktif yang secukupnya membuatkan sejarah dan tamadun kita bagaikan dongeng dan mitos alam kayangan.

Bayangkan Idrisi dari Arab dan Abu Dulaf dari Bukhara mencatatkan petunjuk yang relevan antara satu sama lain.

Dengan penemuan relau-relau memproses besi di Jeneri, Kedah dan penemuan tinggalan kapal purba di sekitar tapak arkeologi Sungai Batu maka makin lengkaplah bukti dan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi.

Orang-orang Melayu Kedah ada asas untuk belajar sejarah nenek-moyang mereka dan memiliki tanggungjawab menjaga hak mereka di Lembah Bujang. Mereka mesti ‘mempatenkan’ sejarah industri pemprosesan besi milik nenek moyang mereka.

Terbukti orang-orang Kedah Tua telah membangunkan industri besi di tempat mereka dan mengeksport besi ke India pulak tu. Mereka juga membina gudang dan menyimpan stok di Mozambique, Afrika sana nun.

Justeru ,sepenuh-penuh pengharapan kepada pihak-pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang pemuliharaan sejarah supaya bersatu untuk memantau perkara ini.

Baca lagi: Pengajaran Dari Kisah Anakin Skywalker (Star Wars) Ini Buat Kami Berhenti Dan Berfikir Sejenak. Kemudian Kami Setuju

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka