Buat siapa yang kurang faham dengan ending cerita atau beberapa babak dalam cerita, saya hendak explain sedikit perkongsian setelah saya hadam skrip dan tonton filem ini sebanyak 5 kali.

Ini adalah review filem Inifity War bersama SPOILER. Jadi jika anda belum menonton, boleh simpan dahulu artikel ini dan baca selepas anda tonton filem ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

1. THANOS

Infinity War 4

Thanos sebenarnya umpama Joker, Joker jahat bukan sebab nak kaya atau nak duit. Begitu juga Thanos. Thanos jahat bukan sebab nak semua sujud sembah dekat dia atau hendak jadi Tuhan atau nak menakluki semua planet, dia cuma mahu ‘balance’kan kehidupan dengan sumber mineral. Skrip ini dihuraikan semasa Thanos sampai kat planet Titan ketika berbual dengan Dr. Strange. Kita tahu, kelahiran makin bertambah, populasi makin meningkat, akan tetapi sumber mineral, sumber asli dan sumber makanan makin berkurangan. Sekiranya ini berlarutan, maka setiap makhluk seperti manusia akan pupus begitu sahaja; mati kelaparan dek kerana ketandusan sumber alam semula jadi.

Itu yang Thanos dah nampak dengan cara hendak stabilkan balik antara sumber mineral dengan kehidupan makhluk, maka Thanos akan bunuh SEPARUH makhluk dari planet tersebut. Dia takkan pilih kasih, dia akan bunuh secara random. Buktinya jelas apabila flashback Gamora semasa waktu beliau masih kecil, kalau perasan rakyat puak Gamora dibahagikan dua bahagian kiri dan kanan. Masa Gamora kecil leka bermain pisau hadiah thanos itu, askar Thanos hanya tembak sebelah kiri kaum Gamora dan sebelah kanan dibiarkan hidup.

Perkara ini dibuktikan lagi apabila skrip perbualan antara Thanos dan Gamora di depan kerusi Thanos, Thanos ada cakap yang selepas dia bunuh separuh rakyat gamora, budak-budak yang baru lahir lepas tu hidup aman damai dapat makanan yang cukup. Kalau sebelum Thanos bunuh separuh puak Gamora, budak yang lahir ketandusan makanan, terpaksa menyelinap di lubang-lubang untuk mencari makanan, termasuklah Gamora sendiri. Selepas bertahun-tahun Thanos membunuh separuh makhluk di planet-planet seperti puak Gamora, Puak Drax, Thanos sudah tak sanggup nak lihat pendarahan dan mayat. Akhirnya dia ingin mencari 6 infinity stones dan apabila jumpa kesemuanya, hanya dengan petikan jari sahaja separuh makhluk atas planet tersebut bertukar jadi debu.

Makna kata, tiada lagi pendarahan, mayat bergelimpangan, tembak di kepala semua. Makluk hanya ghaib menjadi debu. DAN ITULAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI “BELAS KASIHAN” SEMASA PERBUALAN THANOS DAN GAMORA. Sebab apa? sebab die tak perlu lagi suruh askar untuk tembak separuh makhluk tersebut, sebab dia tak sanggup lihat kerana dia rasa KASIHAN. Prinsip Thanos itu betul, tapi caranya kejam dan teramat jahat kerana untuk mendapatkan 6 infinity stones, dia akan bunuh siapa sahaja yang cuba halangnya mengumpul kesemua infinity stones termasuklah Loki, Gamora, The Collector, negara Xandar dan Vision.

2. DR STRANGE

strange-cover

Yes, filem ni memang penamatnya tergantung. Tapi sebenarnya kalau follow D23 Disney, Kevin Feige sudah penah cakap Infinity War akan ada dua bahagian. Umpama Harry Potter Deathly Hallows Part 1 & Part 2. Tapi walaupun ending filem sebegitu, filem ini memberi hint yang sangat memerlukan kita untuk berfikir sebenarnya selepas keluar pawagam.

Perasan tak semasa perbincangan plan antara Iron Man, Star Lord, Spider Man, Drax and Mantis, masa itu Dr strange tidak ikut perbincangan kerana sedang bertapa di atas batu. Beliau bertapa untuk melihat masa depan apa yang akan terjadi. Semasa dia melihat masa depan, dia dah cuba sebanyak 14 juta kali cubaan untuk cari jalan untuk bunuh Thanos. Apabila Iron Man bertanya, Dr Strange hanya menjawab hanya ada SATU cara sahaja untuk menewaskan Thanos.

Kalau anda perasan sebelum Dr Strange ghaib menjadi debu, dia sempat berkata pada Iron Man, “There’s no other way,” dan terus lenyap. Saya dapat bayangkan yang sebenarnya Dr Strange hendak cakap, “There’s no other way, EXCEPT THIS”. Tapi perkataan “except this” tidak sempat keluar daripada mulut Dr Strange. Makna kata sebenarnya inilah satu-satunya cara yang Dr Strange nampak untuk mengalahkan Thanos.

Kalau perasan, Dr Strange selamba sahaja serah Time Stone pada Thanos. Thanos siap perli lagi, “No Tricks?” dan Dr strange hanya gelengkan kepala. Umpama Dr Strange macam sudah nampak masa depan cara untuk bunuh Thanos, dan semestinya ada TRICKS yang Thanos sudah ‘terkena’ dengan Dr Strange.

Sedangkan Dr Strange sendiri sudah berjanji sekiranya diberi pilihan untuk selamatkan Iron Man, Spider-Man dan Time Stone, dr strange akan pilih Time Stone. Tapi kenapa dr strange pilih Iron Man dan serahkan Time Stone? Mesti ada sebab.

3. RED SKULL (HYDRA)

infi red skull

Buat siapa yang tidak tahu, Red Skull sebenarnya adalah pengasas Hydra dalam filem Captain America: The First Avenger. Tetapi semasa penamat filem ini, Red Skull sebenarnya tidak mati. Dia hanya pergi ke sesuatu kawasan yang kita tidak tahu kerana terperangkap dengan kuasa Teserract (Space Stone) dan terus membawa dia ke sesuatu kawasan yang kita tak tahu.

Tapi bila filem Infinity Wars keluar, baru kita tahu sebenarnya Red Skull terperangkap di planet Volmir iaitu lokasi sebenar Soul Stone. Kalau perasan, semasa perbualan antara Red Skull dengan Thanos di planet Volmir, Red Skull ada cakap yang dia sebenarnya lebih awal dari Thanos mencari Infinity Stones. That’s why masa ending filem Captain America: The First Avengers, dia sebenarnya sedang ke lokasi Soul Stone iaitu di volmir sebab dia tahu di mana Soul Stone.

Cuma waktu tu, Teserract tertinggal di bumi dan tak ikut sekali ke Volmir bersama Red Skull, membuatkan Die terperangkap di planet Volmir bertahun-tahun lamanya. Sebab itu kita tak jumpa dia langsung Red Skull di mana-mana filem MCU sebelum ni.

Red Skull ada terangkan untuk dapatkan Soul Stone, perlu korbankan orang tersayang. Red skull gagal mendapatkan Soul Stone sebab dia terperangkap di Volmir keseorangan dan tiada siapa yang dia boleh korbankan untuk mendapatkan Soul Stone.”A Soul for a Soul”. Ternyata teori-teori yang mengatakan kononnya Soul Stone ada di Wakanda, dalam Mjolnir (hammer Thor), ada pada Heimdall, semuanya SALAH BELAKA. Sebenarnya inilah hype yang Disney dan Marvel mahukan. Sebab itu mereka buat kita termenung dan penamat tergantung, sebab Marvel dan Disney nak kita buat teori-teori baharu pula untuk Infinity War Part 2.

4. EITRI

eitri

Eitri adalah pembuat senjata- senjata power di angkasa termasuk Mjolnir, pedang Loki, Gauntlet Thanos dan lain-lain. Kenapa Thanos hanya biarkan beliau hidup di planet Nidavellir? sebab kalau kita perasan, lepas sahaja Thanos petik jari semasa di bumi, Gauntlet beliau hancur, dan masa dalam flash memory dia berjumpa Gamora, Gauntlet itu sudah tidak ada di tangannya. Mungkin Thanos akan kembali ke Nidavellir untuk mencari Eitri untuk menghasilkan semula Gauntlet tersebut.

5. CAPTAIN MARVEL

captain marvel

Timeline filem Captain Marvel akan dilakukan pada tahun 1990an, iaitu patah balik masa. Masa itu kita akan jumpa balik Ejen Coulson yang sudah mati dalam Avengers 1. Sebab nama dia sudah tersenarai dalam pelakon-pelakon untuk filem Captain Marvel. Kemungkinan besar Dr strange akan patah balik ke zaman ini dengan Tricks yang sudah dilakukan beliau kepada Thanos. Kemungkinan besar juga Captain Marvel yang akan lawan Thanos nanti. Sebab kita sedia tahu Captain Marvel adalah Avengers yang paling kuat, lagi kuat dari Thor. Mungkin satu cara yang Dr Strange maksudkan sebelum ini adalah Captain Marvel yang bunuh Thanos. Sama-sama kita cari jawapan dalam filem Captain Marvel nanti.

6. HULK

Hulkkk

Kenapa hulk tak keluar? Hulk cuma keluar di saat awal. Dalam trailer siap ada hulk Berlari dengan para Avengers di Wakanda. Tetapi sampai ke sudah beliau tidak muncul. Sebabnya Hulk ini sifat dia kebudak-budakan. Dia umpama bayi yang baru lahir tengok dunia. Kita tahu sifat budak ini kuat merajuk. Ini dibuktikan lagi apabila dalam filem Thor Ragnarok, hulk obviously bersifat kebudak-budakan. Pada awal filem, Thanos sudah lawan Hulk dan Hulk tewas di tangan Thanos. Dan mungkin itu sebab kenapa Hulk tak mahu keluar lagi. Dia merajuk atau kecewa selepas kekalahan dengan Thanos pada awal filem.

Sekian sahaja picisan kajian daripada saya untuk filem Avenger: Infinity War. Harap dapat memberi penerangan kepada semua. Maaf sekiranya ada kesilapan pemahaman dalam penulisan ini. Penulisan ini adalah pemahaman saya sendiri daripada filem-filem Avengers sebelum ini. Boleh betulkan di ruangan komen. Terima kasih dan selamat menantikan Infinity War Part 2!

Artikel di atas disumbangkan oleh Ferham Fareq. Beliau adalah seorang peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU). Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka