Nampaknya syarikat penerbangan Etihad Airways akan menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang tidak akan menggunakan plastik dalam penerbangan jarak jauhnya iaitu penerbangan dari Abu Dhabi ke Brisbane.

Pihak syarikat penerbangan Etihad Airways bercadang akan mengurangkan kebergantungan kepada produk yang berasaskan plastik sebanyak 80% menjelang tahun 2020. Malah, pelbagai barangan seperti kutleri, cawan dan pinggan, berus gigi dan banyak lagi barang yang diperbuat dari plastik akan digantikan dengan alternatif lain yang mesra alam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/XL1zYYBkce/

Pastinya dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak syarikat Etihad Airways akan menjadi contoh kepada syarikat penerbangan lain untuk mengurangkan penggunaan plastik justeru menggunakan produk yang lebih mesra alam sekitar.

Sumber