“If you have a dream, if you have an idea, even it’s crazy – try it. Flying is really old dream for the human and we are pushing the realization of that dream one step towards the final thing to be a bird. I’m not playing with death, I’m playing with life,” inilah ungkapan Yves Rossy.

Yves Rossy dan Vince Reffet, dua orang inovator di sebalik tim Jetman Dubai, telah menerbitkan video penerbangan jetpack mereka di ruang udara Dubai dan padang pasir berhampiran.

Rossy, seorang juruterbang yang berasal dari Switzerland, merupakan inovator ternama dalam bidang penerbangan manusia, mencipta jetpack sendiri setelah bereksperimentasi dan menambah baik ciptaannya bertahun-tahun lamanya. Penerbangan yang dirakamkan ini merupakan hasil latihan bersama-sama protege, Reffet, buat beberapa tahun.

Video dimulakan dengan latihan mereka di padang pasir, dan kemudiannya disambung oleh penerbangan sebenar di bandar Dubai, dan hasilnya memang magnificent.

Video ini bukan sekadar tentang penerbangan manusia, tetapi ia juga tentang mencapai impian.

“Even it’s crazy – try it!”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group