Laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menunjukkan AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi daripada pelanggan antara Januari dan Jun tahun ini, dengan 42.1% (527) rungutan terhadap syarikat penerbangan itu. Diikuti Malaysia Airlines dengan 40.7% (509) aduan, manakala Batik Air – dahulunya dikenali sebagai Malindo Air – menerima 7.9% (99) aduan, kata pengawal selia dalam satu kenyataan mengenai laporan penggunanya untuk separuh pertama 2022 (1H22).

Sejumlah 1,251 aduan yang direkodkab dengan suruhanjaya itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dan menandakan peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 157 aduan yang dibuat dalam tempoh yang sama tahun lepas. Dalam maklum balas kepada laporan Mavcom, AirAsia berkata kepada The Vibes, walaupun ia menerima jumlah aduan paling banyak secara mutlak, syarikat penerbangan itu menerbangkan bilangan penumpang paling ramai iaitu sekitar 70%, “Ini bermakna dari segi peratusan relatif, kami jauh lebih baik daripada yang lain,” kata jurucakap AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Laporan Mavcom pula berkata bagi setiap sejuta penumpang yang dibawa, Malaysia Airlines mencatatkan jumlah aduan berdaftar tertinggi iaitu 199, diikuti Batik Air dengan 167 aduan dan AirAsia dengan 95 aduan. Mengenai jenis aduan, Mavcom berkata bahawa penjadualan semula penerbangan, pembatalan penerbangan dan kesukaran tempahan dalam talian secara kolektif menyumbang kepada 46.1% (577) daripada jumlah rungutan yang difailkan.

Mengenai penyelesaian untuk pengguna, suruhanjaya itu berkata semakannya terhadap aduan yang diterima pada 1H22 menyebabkan kira-kira satu perempat daripadanya diselesaikan selepas syarikat penerbangan membalikkan keputusan awal mereka untuk memberikan resolusi yang “lebih saksama atau memuaskan kepada pengguna”. Secara keseluruhan, 87.9% (1,100) daripada jumlah aduan telah diselesaikan.