Sanggup atau tidak anda membayar harga sekitar RM88000.00 untuk satu penerbangan? Mungkin ada yang fikir ini tawaran harga yang tidak masuk akal dan terlalu mahal. Ya! Ini harga penerbangan paling mahal yang pernah saya dengar setakat ini.

Buat pengetahuan anda, syarikat penerbangan Etihad Airways kini menawarkan perkhidmatan penerbangan dengan layanan yang sangat selesa, super VVIP buat anda. Sekaligus menjadikan ia penerbangan paling mewah di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Bercerita tentang penerbangan mewah, seronok juga kalau dapat naik penerbangan mewah. Dapat rasa sekali seumur hidup pun jadilah, betul tak?

Penerbangan mewah sudah tentu jauh berbeza dari penerbangan biasa. Seorang jurugambar profesional, Marina Lystseva baru-baru ini mendedahkan beberapa keping gambar yang terdapat di dalam penerbangan mewah ini. Setelah melihatnya, tidak hairanlah kenapa harga yang ditawarkan sangat mahal.

2

Sekitar 1 tahun yang lalu, Etihad Airways membuat sedikit sentuhan baru pada pesawat A380 mereka dengan mengubah warna dan corak pada rekabentuk luaran supaya kelihatan lebih premium.

Pesawat 2 tingkat ini dibahagikan kepada 4 jenis kelas tempat duduk iaitu, economy class, business class, first class dan ‘residence’ class. Setiap dari kelas dilengkapi dengan fasiliti yang berbeza-beza.

3

4

5

Untuk ‘residence class’ dikhaskan untuk 2 orang. Terletak berhampiran tangga dengan keluasan 12 meter persegi. Ia dilengkapi dengan ruang tamu (yang juga digunakan sebagai ruang makan dan ruang tontonan), bilik tidur dan bilik mandi yang juga dilengkapi dengan tandas.

Kepada penumpang ‘residence clas’, anda akan dijaga oleh kakitangan yang telah dilatih khas oleh Savoy London Hotel. Harga untuk satu perjalanan dari Abu Dhabi ke London sekitar $ 21,000 USD lebih kurang RM88000.

Boleh dikatakan sangat mahal, tetapi kebiasaan tiket kelas ini hampir habis dijual setahun lebih awal.

6

7

8

Tempat duduk kelas pertama ‘First Class’ pula dijual pada harga sekitar 8,400 USD – 9,800 USD untuk penerbangan dari Abu Dhabi ke London.

Kelas pertama juga dilengkapi dengan katil, bilik air dan ruang tamu. Yang menariknya, terdapat satu tingkap dimana anda boleh bersembang dengan jiran di sebelah.

9

10

11

Manakala untuk kelas perniagaan ‘business class’ pula disediakan satu tempat duduk khas sendiri di mana kerusi boleh diubah menjadi katil dengan hanya menekan butang.

Kelas ini turut disediakan dengan kemudahan seperti berus gigi, sarung kaki, penyumbat telinga, selimut dan juga pelbagai lagi kemudahan yang lain. Terdapat juga satu bar mini yang dikhaskan untuk penumpang ‘business class’ sahaja. Menarik!

12

13

14

Dan yang terakhir adalah kelas ekonomi. Kelas ekonomi dilengkapi dengan kerusi sofa dan bantal yang sangat selesa. Selain itu anda turut diberikan kemudahan yang lain serta mendapat layanan istimewa.

Walaupun kelas ekonomi, bagi kami ia sudah cukup mewah. Teruja pula cuba pengalaman terbang bersama penerbangan paling mewah di dunia ini. Kami rasa ini mungkin penerbangan yang menjadi impian semua pengembara.

Kalau macam ini, penerbangan 10 jam pun boleh senyum saja. Dari pengalaman anda, syarikat penerbangan mana paling best yang pernah anda naik?

Sumber