Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin pulang mengundi untuk PRU14. Syarikat tambang murah Air Asia kini menawarkan tambang tetap untuk semua penerbangan domestik pada tarikh 8-10 Mei serendah RM99 sehala. Inisiatif ini diambil oleh Air Asia bagi menyokong usaha rakyat Malaysia untuk pulang mengundi ke negeri masing-masing.

Tambang sehala serendah RM99 ditetapkan untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia, Sabah-Sarawak dan RM129 untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak serta RM199 untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah. Tambang tetap ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada kesediaan tempat duduk.

[caption id="attachment_145625" align="alignnone" width="651"]laluan semenanjung Laluan Semenanjung Malaysia/ Sabah dan Sarawak[/caption]

[caption id="attachment_145626" align="alignnone" width="651"]laluan semenanjung sarawak Laluan Semenanjung Malaysia - Sarawak[/caption]

[caption id="attachment_145627" align="alignnone" width="652"]laluan semenanjung sabah Laluan Semenanjung Malaysia - Sabah[/caption]

Para penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan check-in melalui laman web atau aplikasi di telefon bimbit untuk kemudahan masing-masing. Penumpang yang mempunyai bagasi daftar masuk juga dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi memastikan mereka mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar masuk beg.

Buat anak rantau yang hendak pulang ke kampung halaman terutamanya dari Sabah dan Sarawak, tunggu apa lagi "jom bah balik ke kampung".

Baca: Netizen Lancarkan #PulangMengundi Dan #CarPoolGE14 Untuk Mengurangkan Beban Wang