Penerbit filem Gadis Jolobu nampaknya terguris dengan lontaran kritikan daripada pengulas filem dan seorang YouTuber ZhafVlog yang menilai filem terbaharu keluaran Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd tersebut sebagai ‘5/5 infinity shit’. 

Filem yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu itu mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan dibintangi oleh barisan pelakon dan selebriti terkenal tanah air seperti  Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu, Ahirine Ahirudin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Buek malu orang nismilan yo, plot takdo, lawak takdo, apo? muzikal? Kepala ayah kau! Apo bingai bona director pilem ni? Nasihat den boronti yolah buek pilem, membazir duit sponsor yo! Gambar kemain lawa, cerito eh hauk!

“Den dah lamo tak marah2 nengok filem ni hah, boto2 mencabar kesabaran den filem ni. Dah la lawak lucah buek malu yo ditunjuk2 eh bontot tu, apo la bangang bona, takkan takdo sorang pun yg tegur bondo ni??? Ya Allah ya tuhan ku, ekau boronti yo lah buek filem!” Kata Zhaf di laman Twitter miliknya.

Komen ZhafVlog ini kemudiannya mendapat perhatian Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi yang jelas tidak boleh menerima cara filem terbitannya dikritik oleh ZhafVlog.

Memetik laporan Berita Harian, Saraleana berkata dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap YouTuber yang mengkritik Gadis Jolobu.

“Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem? Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.

“Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan. Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai, tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online.

Bagi Saraleana, dia bukan tidak boleh menerima kritikan. Namun mestilah mempunyai tutur bicara yang sopan serta ada etikanya agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, “terutama penerbit yang mengeluarkan bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.”

“Saya mungkin penerbit baharu, tetapi saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya. “Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?” Katanya.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama ZhafVlog mencipta kontroversi. Pada awal tahun ini, The Vocket melaporkan bahawa ZhafVlog pernah dipanggil oleh Yusuf Azmi, seorang aktivis untuk bertemu empat mata selepas filem Syahadan yang mula ditayangkan pada 17 Februari lalu dan memfokuskan kepada silat telah dinilai sebagai ‘Filem tanpa maruah, filem hina’ oleh Zhaf.

Yusuf Azmi berang ZhafVlog nilai filem Syahadan ‘3/5 Shit’, mahu jumpa ajar pasal adab. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Yusuf Azmi Berang ZhafVlog Nilai Filem Syahadan ‘3/5 Shit’, Mahu Jumpa Ajar Pasal Adab

‘Melenting’ Filem Belaban Hidup Dikritik ZhafVlog, Tindakan Pengarah Ini Lapor SKMM Curi Tumpuan Ramai

TGV Cinemas ‘Re-Start’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat